Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak United FC mula langkah kanan

Berjaya menjinakka­n Kelantan United FC dengan meraih tiga mata penting, sebelum berdepan Perak FC II Rabu ini

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Skuad Sarawak United FC (SUFC) berjaya menjinakka­n Kelantan United FC (KUFC) dengan 2-0 pada aksi pertama saingan Liga Perdana Malaysia 2021 di Stadium Hang Jebat, Melaka malam kelmarin.

Kedua-dua gol skuad bimbingan Elavarasan Elangowan itu dihasilkan pada babak pertama perlawanan.

Jaringan pertama hadir pada minit ke-12 apabila pemain kebangsaan, Christie Jayaselan menolak masuk hantaran silang Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) ketika melakukan serang balas pantas ke kubu lawan.

Manakala gol kedua terhasil menerusi sepakan penalti yang disempurna­kan oleh pemain import, Uche Agba selepas Mat Yo dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pertahanan KUFC.

“Tiga mata ini penting bagi kita meskipun persiapan kita hanya dua minggu

Tiga mata ini penting bagi kita meskipun persiapan kita hanya dua minggu lebih sebelum bermulanya saingan liga dengan beraksi di luar Sarawak terlebih dahulu. Elavarasan Elangowan Sarawak United FC (SUFC)

lebih sebelum bermulanya saingan liga dengan beraksi di luar Sarawak terlebih dahulu,” kata Elavarasan ketika ditemui selepas perlawanan malam kelmarin.

Menurutnya, kemenangan itu dapat menambahka­n keyakinan dan semangat perjuangan tinggi anak-anaik buahnya untuk mengharung­i perlawanan seterusnya.

“Walaupun menang, kita berharap tidak ada apa-apa kecederaan dalam kalangan pemain, sebab dua hari ini kita ada perlawanan lagi menentang Perak FC II.

“Justeru, paling penting untuk kita mendapatka­n tiga mata penuh malam ini (malam kelmarin),” katanya.

Dalam pada itu, Elavarasan memuji barisan pemain Sarawak United FC tetap fokus sepanjang perlawanan walaupun mendapat tekanan daripada pasukan lawan terutamany­a pada babak kedua.

“Fokus semua pemain begitu baik walaupun terdapat tekanan pada masa kedua perlawanan dan kita berharap supaya pemain-pemain dapat fokus pada perlawanan seterusnya,” jelasnya.

Bagi perlawanan menentang Perak FC II di Stadium Perak, Ipoh pada Rabu ini, pasukan lawan mempunyai kelebihan kerana bermain di halaman sendiri selain mempunyai ruang masa cukup untuk pemain-pemain kembali cergas.

“Justeru, kita berharap semua pemain kita berada tahap yang baik dan konsisten sebelum perlawanan nanti,” katanya.

Elavarasan mengucapka­n terima kasih kepada penyokong pasukan Sarawak United FC, khasnya Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Datuk Posa Majais kerana menyediaka­n siaran langsung menerusi laman Facebook bagi menyokong pasukan itu.

 ??  ?? RAI: Christie bersama rakan sepasukan meraikan jaringan pertama buat Sarawak United FC.
RAI: Christie bersama rakan sepasukan meraikan jaringan pertama buat Sarawak United FC.
 ??  ?? LINCAH: Mat Yo cuba melepasi pemain pertahanan Kelantan United FC.
LINCAH: Mat Yo cuba melepasi pemain pertahanan Kelantan United FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia