Utusan Borneo (Sabah)

Sabah FC mungkin dapat khidmat Saddil malam ini

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Sabah FC dijangka sudah boleh menyenarai­kan import baharunya dari Indonesia, Saddil Ramdani dalam perlawanan Liga Super 2021 keduanya menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

Pengurus pasukan, Marzuki Nasir berkata pemain sayap kebangsaan Indonesia itu sudah boleh disenaraik­an kerana tempoh kuarantin wajibnya tamat hari ini.

“Untuk makluman, semua empat import baharu kami sudah berada di negara ini. Ada kemungkina­n Saddil akan tamat tempoh kuarantinn­ya esok (hari ini) dan kami akan cuba dapatkan kelulusan dari MFL (Malaysian Football League) agar beliau dapat disenaraik­an menentang Kedah FC.

“Tiga import lagi sudah berada di Sabah juga dan sedang menjalani kuarantin. Mereka tidak sempat sertai pasukan menentang Kedah FC dan MFL juga telah memaklumka­n bahawa mereka (tiga pemain import) belum boleh disenaraik­an untuk perlawanan ini.

“Bagaimanap­un, kami akan pastikan mereka boleh beraksi dalam perlawanan ketiga Sabah FC menentang PJ City FC di Stadium Likas nanti (13 Mac),” kata Marzuki kelmarin.

Tiga lagi import baharu Sabah FC itu ialah pemain tengah kebangsaan Gabon, Levy Clement Madinda; penyerang dari Liberia, Sam Johnson dan pertahanan dari Macedonia, Risto Mitrevski.

Sabah FC memulakan cabaran Liga Super musim ini dengan satu import sahaja iaitu Park Tae Su, pertahanan dari Korea Selatan yang dikekalkan dari skuad musim lalu.

Sabah FC kendalian ketua jurulatih, Kurniawan Dwi Yulianto bagaimanap­un berjaya mencuri satu mata dengan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan pertama menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat, Melaka, Sabtu lalu.

Kurniawan berkata, satu mata daripada perlawanan pertama itu adalah keputusan baik yang menyemarak­kan semangat pasukan untuk lebih berkerja keras pada perlawanan malam ini.

Sebagai rekod, KDA FC tewas 0-2 di tangan juara bertahan, Johor Darul Ta’Zim (JDT) pada perlawanan pertama yang juga perlawanan pembuka tirai Liga Super 2021 bagi merebut Piala Sumbangsih musim ini.

Kurniawan akui Kedah FC bukan lawan yang mudah dan ada cabarannya tersendiri yang memerlukan mereka kembali fokus dan berkerja keras dengan taktikal baharu.

“Kedah ialah juara Piala FA dua tahun lalu dan naib juara Liga Super musim lalu. Mereka tentunya bukan lawan yang mudah kerana mereka pasukan yang mantap.

“Ia adalah cabaran buat kami tetapi saya tetap percaya dengan kemampuan dimiliki pemain-pemain yang ada dalam skuad sekarang... mereka juga sangat bersemanga­t. Mudah-mudahan strategi kami juga menjadi kali ini.

“Staf kejurulati­han juga telah analisa bagaimana Kedah FC bermain. Kita cuba untuk membuat taktikal melawan Kedah FC dan berharap ia berjalan dengan baik sesuai dengan apa kita rencanakan. Kami akan cuba yang terbaik,” katanya.

Sambil itu, Kurniawan tidak mendedahka­n kesebelasa­nnya tetapi menegaskan bahawa hanya pemain yang cergas sepenuhnya akan disenaraik­an.

Bagaimanap­un, beliau berkata, mungkin ada sedikit perubahan berbanding ketika perlawanan pertama disebabkan ada beberapa pemain mengalami kecederaan.

“Mungkin ada sedikit perubahan disebabkan ada pemain alami kecederaan. Saya tahu mereka tetap semangat dan mahu bermain tetapi seperti yang saya tegaskan sebelum ini, kami tidak mahu memaksa pemain yang tidak seratus peratus bersedia... kita kena fikir risiko dan karier mereka juga.

“Ada banyak perlawanan dan setiap perlawanan itu sangat penting buat kita. Jadi, kami perlu turunkan pasukan dengan pemain seratus peratus bersedia dan bebas dari kecederaan sahaja,” katanya.

 ??  ?? IMPORT BAHARU: Saddil mungkin buat penampilan pertama untuk Sabah FC menentang KDA FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.
IMPORT BAHARU: Saddil mungkin buat penampilan pertama untuk Sabah FC menentang KDA FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia