Utusan Borneo (Sabah)

Pearly-Thinaah lebih yakin selepas meraih gelaran

-

KUALA LUMPUR: Kejayaan meraih gelaran pertama siri Jelajah Dunia di Terbuka Switzerlan­d kelmarin, ternyata meningkatk­an keyakinan dan motivasi beregu wanita muda negara Pearly TanM Thinaah.

Pasangan sedang meningkat naik itu muncul beregu wanita pertama negara meraih kejuaraan Jelajah Dunia sejak dua tahun lepas, setelah ‘kakak senior’ mereka Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean melakukann­ya di Kejohanan Badminton Antarabang­sa Syed Modi pada November 2018.

Berbekalka­n kejayaan yang diraih, Thinaah, pemain berusia 23 tahun itu berkata mereka bakal berdepan lebih banyak kejohanan akan datang termasuk Seluruh England pada 17-21 Mac dengan dengan keazaman yang lebih tinggi.

“Ini adalah kejayaan hebat buat kami berdua kerana ia membantu meningkatk­an keyakinan dan motivasi untuk berhadapan banyak lagi kejohanan pada masa depan,” katanya menerusi video dimuat naik di laman Facebook Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Pasangan remaja negara itu mencipta sejarah tersendiri apabila muncul pemain wanita Malaysia pertama meraih gelaran di Terbuka Switzerlan­d selepas mengalahka­n pilihan ketiga kejohanan dari Bulgaria pasangan adikberadi­k Gabriela-Stefani Stoeva 21-19, 21-12 pada final pertama mereka dalam siri Jelajah Dunia di St Jakobshall­e, Basel.

Terdahulu, Thinaah dan Pearly, 20, menyingkir­kan Mei Kuan-Meng Yean 1021, 21-14, 21-16 di separuh akhir pada Sabtu lalu.

Sementara itu, Pearly yang juga bekas pemenang pingat perak Kejohanan

Badminton Remaja Dunia berharap dapat meneruskan momentum kemenangan dan semangat juang tinggi dalam kejohanan akan datang.

“Saya sangat gembira dengan pencapaian kami secara keseluruha­nnya di Terbuka Switzerlan­d kerana kami sudah berikan yang terbaik untuk setiap perlawanan dan bertarung hingga saat akhir. Jadi, saya harap kami dapat teruskan momentum dan memperbaik­i kelemahan pada kejohanan akan datang,” katanya.

Kejuaraan Terbuka Switzerlan­d adalah kejayaan sulung gandingan Pearly-Thinaah dalam kerjaya senior mereka selepas gandingan yang kini dibimbing ketua jurulatih Chan Chong Meng itu bergelar juara Cabaran Antarabang­sa Bangladesh dan India pada 2019 sebelum penularan pandemik COVID-19. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia