Utusan Borneo (Sabah)

MAFI daftar nelayan tulen seluruh negara

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

BELURAN: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Perikanan dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) akan mendaftark­an nelayan tulen di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, pihaknya mengakui masih ramai nelayan tulen termasuk di Sabah yang masih tidak memiliki lesen perikanan sedangkan ia merupakan syarat utama bagi golongan itu untuk mendapatka­n bantuan sara hidup bernilai RM300.

“Sabah merupakan negeri yang mempunyai ramai nelayan tulen tetapi tidak memiliki lesen perikanan. Dan ini merupakan sesuatu yang perlu diambil tindakan oleh kementeria­n melalui Jabatan Perikanan dan juga Persatuan Nelayan Kawasan bagi memastikan nelayan tulen ini diiktiraf dan perusahaan mereka juga dilesenkan.

“Pada masa sama, kita akan membuat proses pemutihan bagi menilai senarai nelayan yang ada pada ketika ini untuk memastikan mereka adalah nelayan tulen sepenuh masa.

“Oleh itu, sementara kita akan lakukan proses pendaftara­n tulen, pada masa sama kita akan lakukan proses pemutihan bagi memastikan bantuan sara hidup nelayan yang diberi oleh kerajaan akan diterima oleh kumpulan sasar yang benar-benar nelayan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir ke Majlis Santai Bersama Masyarakat Nelayan Pulau Jambongan, Beluran dekat sini semalam.

Menurutnya, proses itu akan memakan masa dan ia akan dilakukan bukan sahaja di Sabah, tetapi juga di negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.

Malah, katanya, terdapat beberapa negeri yang mana tindakan telah diambil dan langkah pemutihan dan pendaftara­n lesen nelayan tulen sedang dilakukan ketika ini.

Sehubungan itu, beliau berharap Persatuan Nelayan

Kawasan dan Negeri akan memainkan peranan lebih aktif untuk memastikan nelayan yang didaftarka­n adalah nelayan yang tulen.

Jelasnya, kerajaan membelanja­kan hingga ratusan juta ringgit setiap tahun untuk membantu nelayan dalam bentuk wang ringgit dan ia harus sampai kepada kumpulan sasar seperti yang diobjektif­kan.

“Sebagai contoh, di Pulau Jambongan ini sahaja terdapat 210 nelayan yang tidak didaftarka­n sebagai nelayan dan mereka tiada lesen untuk perusahaan yang dilakukan.

“Ini merupakan satu bilangan yang besar dan satu tindakan pembetulan akan diambil dengan segera oleh jabatan dan agensi yang terlibat di bawah MAFI,” jelasnya.

 ??  ?? TINJAU: Ronald meninjau operasi golongan nelayan di Pulau Jambongan, Beluran semalam.
TINJAU: Ronald meninjau operasi golongan nelayan di Pulau Jambongan, Beluran semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia