Utusan Borneo (Sabah)

Pesuruhjay­a polis mahu isu kesesakan jalan di sekolah hotspot diatasi

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah akan mencari solusi isu kesesakan jalan pada waktu puncak di sekolah-sekolah hotspot di seluruh negeri dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, PDRM mengambil perhatian serius hasil maklumat-maklumat yang dikongsika­n JPNS berhubung perkara berkaitan.

“Kita akan berbincang lebih lanjut dengan JPNS untuk menentukan (memastikan) kelancaran trafik di kawasan-kawasan sekolah hotspot yang sudah dikenal pasti,” katanya.

Hazani berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke SK Darau, di sini, semalam, bersama rombongann­ya yang turut diiringi wakil JPNS.

Menurutnya, sekolah-sekolah berhampira­n dengan jalan utama dan terdedah risiko kesesakan trafik pada waktu puncak sama ada pergi atau balik sekolah diberikan tumpuan.

“Kita mahu memastikan kelancaran trafik tidak terganggu serta membolehka­n ibu bapa penjaga dapat menghantar anak-anak ke sekolah dengan lebih lancar,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua pegawai dan anggota PDRM yang sudah dilantik menjadi pegawai perhubunga­n di sekolah rendah dan menengah akan bertugas seperti lazimnya.

Malah, beliau sendiri akan memastikan setiap pegawai perhubunga­n sekolah turun padang setiap masa dan memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Hasil lawatan pada hari ini, saya berpuashat­i dengan pihak sekolah dan guru-guru yang mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan pematuhan SOP murid-murid.

“Pada masa sama, kita berharap guruguru dapat diberikan vaksin lebih awal kerana mereka terdedah dengan pelbagai komuniti sebagai barisan petugas hadapan,” katanya.

Ditanya berhubung gerakan anti vaksin pula, beliau mengesahka­n setakat ini tidak ada laporan diterima dan belum ada sebarang aktiviti berkaitan dikesan di seluruh negeri.

 ??  ?? MUAFAKAT: Hazani turut diiringi Timbalan Pengarah Sektor Pembelajar­an JPNS Abidin Marjan dalam lawatannya ke SK Darau Manggatal, Kota Kinabalu.
MUAFAKAT: Hazani turut diiringi Timbalan Pengarah Sektor Pembelajar­an JPNS Abidin Marjan dalam lawatannya ke SK Darau Manggatal, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia