Utusan Borneo (Sabah)

Vaksin COVID-19 selamat digunakan

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana vaksin melalui pelbagai kajian: Jonathan

-

RANAU: Timbalan Menteri Dalam Negeri II Jonathan Yasin menyeru orang ramai agar tidak mudah mempercaya­i atau bimbang berkaitan dengan keselamata­n pemberian vaksin COVID-19 yang digunakan di negara ini.

Beliau berkata, kerajaan Persekutua­n telah memastikan vaksin dari Belgium itu telah melalui pelbagai kajian memang selamat untuk digunakan sebagaiman­a yang telah dilakukan oleh negara luar.

“Kerajaan tidak semudahmud­ahnya menggunaka­n vaksin COVID-19 itu untuk rakyat tanpa proses penelitian dan pengesahan rapi daripada kerajaan.

“Pemilihan sesuatu vaksin bukan suatu perkara mudah kerana melibatkan nyawa manusia, justeru vaksin yang diberikan kepada rakyat telah melalui proses penilaian ketat, ujian serta semakan dari pelbagai aspek,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ranau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Program Imunisasi Vaksin COVID-19 peringkat Hospital Ranau dan menjadi orang pertama daripada 162 penerima suntikan vaksin Pfizer BioNTech di ruang legar Hospital Daerah Ranau di sini semalam.

Jonathan juga mengingatk­an rakyat agar tidak mempercaya­i dengan pandangan negatif mengenai vaksin yang sengaja disebarkan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Jangan mendengar pandangan negatif mengenai vaksin yang tular di media sosial menyatakan suntikan vaksin ini memberi kesan tidak baik, sehingga menyebabka­n sikap segelintir masyarakat berasa takut untuk menerima vaksin berkenaan,” katanya.

Jonathan menyaranka­n kepada masyarakat supaya tidak takut untuk menerima vaksin itu, kerana beliau sendiri juga telah menerima suntikan vaksin berkenaan.

Beliau menyeru kepada rakyat Parlimen Ranau termasuk Kundasang supaya tampil segera mendaftar untuk menerima suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahter­a bagi memerangi serta memutuskan rantaian COVID-19 agar kehidupan masyarakat kembali pulih seperti sediakala.

Turut hadir dan berucap ialah Pengarah Hospital Ranau Dr. Andi Md. Shamsureez­al Mohd Sanial sementara turut hadir dan menerima suntikan Vaksin ialah Pegawai Daerah Ranau Syahrin Samsir.

 ??  ?? SUDAH DIVAKSIN: Jonathan (tengah) bersama Syahrin (kiri) dan Dr. Andi (kanan) bersama yang lain.
SUDAH DIVAKSIN: Jonathan (tengah) bersama Syahrin (kiri) dan Dr. Andi (kanan) bersama yang lain.
 ??  ?? KAMI SUDAH: Sebahagian lagi kakitangan kesihatan yang menerima suntikan vaksin COVID-19 di Ranau.
KAMI SUDAH: Sebahagian lagi kakitangan kesihatan yang menerima suntikan vaksin COVID-19 di Ranau.
 ??  ?? PEGAWAI DAERAH: Syahrin turut menerima suntikan vaksin COVID-19.
PEGAWAI DAERAH: Syahrin turut menerima suntikan vaksin COVID-19.
 ??  ?? VAKSINASI: Jonathan ketika menerima suntikan vaksin COVID19 diperhatik­an Dr. Andi.
VAKSINASI: Jonathan ketika menerima suntikan vaksin COVID19 diperhatik­an Dr. Andi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia