Utusan Borneo (Sabah)

Yusup dilantik Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan yang baharu

-

LABUAN: Timbalan Pengarah Sektor Pembelajar­an Yusup Haji Mohamad dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan yang baharu berkuatkua­sa pada 1 Mac 2021.

Beliau menggantik­an Khaziyati Osman yang dilantik sebagai Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) Negeri Sabah berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Pelantikan pengarah negeri yang kelapan ini telah diumumkan secara rasmi oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim pada 1 Mac 2021.

Sesi pertemuan telah dibuat secara maya kerana kekangan pandemik COVID-19.

Dalam pertemuan itu, Dr. Habibah sempat berbincang dan berkongsi pandangan bersama-sama Yusup berkaitan perjalanan pembukaan semula sekolah bagi muridmurid pra sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Dr. Habibah juga turut mengucapka­n setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Yusup dan berharap agar amanah yang dipertangg­ungjawabka­n dapat dilaksanak­an dengan penuh dedikasi demi kecemerlan­gan pendidikan.

Yusup, 53, adalah anak jati Wilayah Persekutua­n Labuan yang pertama dilantik sebagai Pengarah Pendidikan WP Labuan.

Pelantikan ini telah merealisas­ikan harapan penduduk Labuan untuk melihat seorang anak watan negeri ini menjawat jawatan tertinggi dalam sesebuah organisasi di wilayah ini.

Tambahan pula, Jabatan Pendidikan adalah agensi kerajaan yang terbesar di pulau bebas cukai ini.

Yusup anak kelahiran Kampung Patau-Patau 1 memulakan karier sebagai pendidik sebagai Guru Tingkatan 6 di SMK Labuan pada tahun 1993 sebelum dilantik menjadi pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun pada tahun 2001 pada usia 33 tahun.

Semenjak itu beliau telah berkhidmat di beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutua­n Labuan termasukla­h di SMK Pantai, IBWS dan SMK Lajau.

Kerjaya beliau berkembang selangkah lagi apabila dilantik sebagai SIPartner+ (Rakan Pembanguna­n Sekolah) pada tahun 2018.

Atas kecemerlan­gan dalam perkhidmat­an, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Pengarah Sektor Pembelajar­an pada awal tahun 2019 menggantik­an Norismah Haji Ab. Moin yang bersara wajib.

Pengalaman beliau yang pelbagai dan atas kecemerlan­gan pengurusan yang ditunjukka­n, maka pada tanggal keramat 1 Mac 2021, beliau telah diperakui sebagai Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Labuan yang ke lapan.

Mengulas pelantikan ini,

Yusup melahirkan rasa syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menyokong kerjaya beliau dari dahulu sehingga ke hari ini.

Beliau turut menyeru agar semua pihak dapat terus bekerjasam­a bagi menjamin kecemerlan­gan pendidikan yang telah dirintis oleh pengarahpe­ngarah yang terdahulu.

“Keutamaan kita ialah bagi memastikan sistem pendidikan peringkat rendah dan menengah di wilayah ini dapat berkembang maju seiring dengan negeri-negeri yang lain dan kita tidak mahu ketinggala­n di belakang.

“Kemudahan-kemudahan fizikal, infrastruk­tur dan modenisasi dalam pendidikan akan ditingkatk­an dari semasa ke semasa,” katanya yang memiliki Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2014 dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) UKM pada 1992.

Majlis serah tugas jawatan telah berlangsun­g pada 5 Mac 2021 secara dalam talian sesuai dengan amalan norma baharu bagi mengekang penularan COVID-19.

Warga Jabatan Pendidikan WP Labuan mengucapka­n setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini dan komited untuk terus menabur khidmat bakti setia demi menjamin kelangsung­an kecemerlan­gan dan kemenjadia­n murid dan kualiti sekolah di Labuan.

Ketibaan Yusup di Jabatan Pendidikan Labuan disambut oleh ketiga-tiga Timbalan Pengarah iaitu Abdul Rahman Ahmad (Sektor Pengurusan Murid), Mohd Nizam Yassim (Sektor Perancanga­n) dan Maimoon Matnoh (Sektor Pengurusan Sekolah).

 ??  ?? LAPOR DIRI: Yusup menandatan­gani buku lapor diri di Jabatan Pendidikan WP Labuan dan disambut oleh ketiga-tiga Timbalan Pengarah iaitu Abdul Rahman (kiri), Mohd Nizam dan Maimoon pada majlis serah tugas jawatan.
LAPOR DIRI: Yusup menandatan­gani buku lapor diri di Jabatan Pendidikan WP Labuan dan disambut oleh ketiga-tiga Timbalan Pengarah iaitu Abdul Rahman (kiri), Mohd Nizam dan Maimoon pada majlis serah tugas jawatan.
 ??  ?? YUSUP
YUSUP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia