Utusan Borneo (Sabah)

Kerja baik pulih saluran paip di Lundu sedang dilaksanak­an

-

KUCHING: Pihak kontraktor Pan Borneo sedang melaksanak­an kerja baik pulih kebocoran saluran paip di Kampung Setunggang Ulu Lundu bagi menyelesai­kan masalah gangguan bekalan air di beberapa kawasan di daerah Lundu.

Menurut Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), kebocoran paip utama di kampung tersebut berpunca daripada kerja pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Jalan Lundu-Bau.

“Ia telah mengakibat­kan beberapa kawasan di daerah Lundu mengalami gangguan bekalan air.

“Buat masa ini, pihak kontraktor Pan Borneo sedang melakukan kerja baik pulih kebocoran saluran paip tersebut,” ujar JBALB menerusi kenyataan semalam.

Jelasnya, kawasan-kawasan yang terlibat adalah Kampung Bitokan, Kampung Selampit, Kampung Senibong, Kampung Sebandi Hulu & Hilir, Kampung Setunggang

Ulu, Kampung Gerunggang Lama & Baru, Kampung Temelan Melayu & Dayak, Kampung Klaoh, Kampung Benggang, Kampung Setunggang Melayu Lama & Dayak sehingga Jalan Lundu Sampadi/Beruan Lundu.

“Sehubungan itu, penghantar­an bekalan air menggunaka­n lori tangki turut dilakukan oleh pihak kontraktor Pan Borneo dan

JBALB Bahagian Kuching ke kawasan-kawasan yang terjejas sehingga keadaan kembali pulih seperti biasa,” tambahnya.

Pihak JBALB menurutnya, berasa kesal atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai segala kerjasama serta kesabaran yang tinggi daripada para pengguna di kawasankaw­asan terjejas.

Segala perkembang­an terkini berkaitan kerjakerja baik pulih tersebut akan sentiasa dimaklumka­n kepada pengguna melalui platform media sosial rasmi Facebook JBALB Sarawak dan Facebook Rakan JBALB Daerah Lundu.

 ??  ?? ALTERNATIF: Kontraktor Pan Borneo dan JBALB Bahagian Kuching menghantar bekalan air ke kawasan-kawasan yang terjejas.
ALTERNATIF: Kontraktor Pan Borneo dan JBALB Bahagian Kuching menghantar bekalan air ke kawasan-kawasan yang terjejas.
 ??  ?? BOCOR: Kebocoran paip utama di Kampung Setunggang Ulu Lundu berpunca daripada kerja pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Jalan Lundu-Bau.
BOCOR: Kebocoran paip utama di Kampung Setunggang Ulu Lundu berpunca daripada kerja pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Jalan Lundu-Bau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia