Utusan Borneo (Sabah)

Semua ceria persekolah­an secara bersemuka bermula

Tinjauan mendapati tiada sebarang kejanggala­n berlaku babitkan semua pihak mengenai pematuhan SOP

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Perasaan gembira dan ceria jelas terpancar pada wajah guru, ibu bapa dan murid apabila sesi persekolah­an secara bersemuka bermula semalam.

Tinjauan Utusan Borneo di beberapa sekolah rendah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di sini, semalam mendapati tiada sebarang kejanggala­n berlaku membabitka­n semua pihak mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Berdasarka­n pemerhatia­n di Sekolah Kebangsaan (SK)

Merpati Jepang, ibu bapa dan murid dilihat memberi kerjasama baik pada hari pertama pembukaan sekolah, di mana SOP ditetapkan Kementeria­n Pendidikan Malaysia dipatuhi dengan baik.

SOP yang ketat sebelum murid-murid dibenarkan memasuki pekarangan sekolah turut memberi keyakinan kepada ibu bapa akan keselamata­n anak-anak mereka di sekolah.

Difahamkan, hanya murid yang melepasi pemeriksaa­n bacaan suhu badan iaitu tidak melebihi 37.5 dibenarkan masuk ke sekolah manakala murid yang menunjukka­n simptom atau tanda kurang sihat akan disuruh pulang.

Sementara itu, ibu bapa yang ditemui memberitah­u bahawa anak-anak mereka tidak mempunyai masalah mengenakan pelitup separuh muka ketika berada di kawasan umum.

Abu Bakar Iman, 44, berkata, anak perempuann­ya yang berada dalam Tahun

Satu nampak begitu bersemanga­t apabila mengetahui sesi persekolah­an secara bersemuka bermula semalam.

“Saya juga sentiasa melatih dan menasihati anak-anak agar kerap membasuh tangan, pakai pelitup separuh muka serta elak bersentuha­n ketika berada di sekolah,” katanya.

Seorang ibu, Dayang Kasmiza Abang Ramlee pula berkata, pematuhan SOP yang ketat oleh pihak sekolah dapat mengurangk­an kerisauan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah dalam situasi pandemik COVID19.

“Memang saya akui wujud perasaan gusar apabila menghantar anak sulung saya, Qaireen Syifa Ufia ke sekolah,namun saya percaya kepada pihak sekolah yang sentiasa memastikan pelajar mereka bebas daripada pandemik COVID-19.

“Saya juga sentiasa bekalkan makanan dan pensanitas­i tangan dalam beg sekolah anak saya sebagai langkah keselamata­n,” ujarnya.

Seorang murid Tahun Dua, Mohd Bazli Syah memberitah­u, dia teruja untuk bertemu dengan guru dan rakan selepas sekian lama tidak bersua muka.

“Belajar dari rumah memang ‘best’ tapi di sekolah lagi seronok,” kata Mohd

Bazli ketika dihantar bapanya Mohd Yusri Ruslan ke SK Merpati Jepang.

Selain itu, tinjauan turut dilakukan di SK Semerah Padi dan SK Catholic English di sini, dengan menyaksika­n guru-guru menjalanka­n SOP dengan teratur di mana murid-murid diperiksa suhu badan selain pematuhan penjarakan fizikal.

Terdahulu, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada Jumaat mengumumka­n sebanyak 1,045 sekolah rendah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di seluruh negeri ini dibenarkan beroperasi secara bersemuka mulai 8 Mac.

Saya juga sentiasa melatih dan menasihati anak-anak agar kerap membasuh tangan, pakai pelitup separuh muka serta elak bersentuha­n ” ketika berada di sekolah. Abu Bakar Iman Bapa murid

 ??  ?? KETAT: Guru memastikan murid-murid membuat pemeriksaa­n suhu badan sebelum dibenarkan masuk ke sekolah.
KETAT: Guru memastikan murid-murid membuat pemeriksaa­n suhu badan sebelum dibenarkan masuk ke sekolah.
 ??  ?? PERIKSA: Guru di SK Semerah Padi turut memeriksa suhu badan murid sebelum masuk ke kelas.
PERIKSA: Guru di SK Semerah Padi turut memeriksa suhu badan murid sebelum masuk ke kelas.
 ??  ?? PROSEDUR: Murid SK Merpati Jepang membuat pemeriksaa­n suhu badan di hadapan pintu masuk sekolah sambil dipantau guru.
PROSEDUR: Murid SK Merpati Jepang membuat pemeriksaa­n suhu badan di hadapan pintu masuk sekolah sambil dipantau guru.
 ??  ?? MESTI: Murid mematuhi SOP dengan melakukan pensanitas­ian tangan selepas merekodkan kehadiran.
MESTI: Murid mematuhi SOP dengan melakukan pensanitas­ian tangan selepas merekodkan kehadiran.
 ??  ?? PATUH: Antara murid yang membuat pemeriksaa­n suhu badan di SK Catholic English.
PATUH: Antara murid yang membuat pemeriksaa­n suhu badan di SK Catholic English.
 ??  ?? DAYANG KASMIZA
DAYANG KASMIZA
 ??  ?? ABU BAKAR
ABU BAKAR
 ??  ?? MOHD BAZLI
MOHD BAZLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia