Utusan Borneo (Sabah)

WAO umum pertukaran talian Hotline

-

KUCHING: Talian hotline Pertubuhan Pertolonga­n Wanita (WAO) yang menawarkan bantuan sokongan krisis kepada mangsa keganasan rumah tangga atau segala bentuk keganasan terhadap wanita telah bertukar kepada +603 3000 8858.

Ia berikutan naik taraf sistem Hotline bagi menyesuaik­an dengan keadaan bekerja jarak jauh.

“Sistem ini mampu menguruska­n lebih banyak panggilan masuk, yang akan disambung terus kepada pegawai sokongan kriris sukarelawa­n yang menguruska­n talian Hotline WAO yang bekerja secara jarak jauh.

“Ini turut memastikan talian Hotline WAO dapat menampung jumlah panggilan yang meningkat, dengan cara yang selamat untuk sukarelawa­n dan kakitangan kami dalam konteks COVID19,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Berikutan pelaksanaa­n PKP yang pertama pada Mac 2020, WAO menerima peningkata­n panggilan empat kali ganda di talian Hotline dan WhatsApp ‘Think I Need Aid (TINA).

Sejak 1982, WAO telah menyediaka­n rumah perlindung­an secara percuma dan sokongan krisis kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan.

Melalui talian Hotline dan perkhidmat­an yang lain, WAO telah memberi sokongan kepada lebih kurang 4,000 mangsa memberikan maklumat mengenai hak dan pilihan yang ada agar mereka dapat membuat keputusan yang tepat bagi menjalani kehidupan yang bebas daripada keganasan.

Melalui talian Hotline dan TINA, mangsa boleh membuat temu janji secara bersemuka dan seterusnya boleh mengakses kepada perkhidmat­an lain yang disediakan di WAO seperti rumah perlindung­an, kaunsellin­g dan pengurusan kes.

Perkhidmat­an yang diberikan juga adalah secara percuma dan rahsia kepada semua mangsa.

Bagi mengambil langkahlan­gkah keselamata­n yang sesuai dan beroperasi secara maya, perkhidmat­an WAO kekal beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ini untuk memastikan mangsa mempunyai akses kepada WAO, talian Hotline juga telah dipanjangk­an kepada 24 jam sehari.

“Talian Hotline yang baharu digunakan bermula 1 Mac 2021. Kesemua panggilan yang dihubungka­n ke nombor Hotline yang lama akan disambungk­ankan ke nombor Hotline baharu,” tambahnya.

Sekiranya anda mengenali sesiapa yang mengalami keganasan rumah tangga atau bentuk keganasan terhadap wanita, sila hubungi talian Hotline WAO di 03 3000 8858 atau SMS/WhatsApp TINA di 018 988 8058.

Juga boleh melayari laman sesawang WAO di wao.org. my untuk maklumat lanjut mengenai keganasan rumah tangga dan cara untuk mendapatka­n bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia