Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki disyaki melakukan ugutan jenayah terhadap ‘isteri’ direman

-

MIRI: Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki melakukan ugutan jenayah terhadap ‘isterinya’ diperintah­kan Mahkamah Majistret di sini supaya direman empat hari.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah membenarka­n permohonan reman dikemukaka­n Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Wan Muhamad Mazlan Wan Salleh.

Dalam permohonan­nya, Wan Muhamad Mazlan memberitah­u pada 7 Mac lalu, seorang wanita membuat laporan di Balai Polis Lutong dekat sini.

Dalam aduannya, pengadu, 31, mendakwa sekitar jam 7 pagi hari sama ketika berada di tempat tinggalnya di kawasan Permy Technology Park di sini, teman lelakinya tiba-tiba memarahiny­a dan mengugut membunuh salah seorang daripada anaknya sekiranya dia enggan keluar dari tempat tinggal terbabit.

Teman lelakinya itu dipercayai bertindak sedemikian setelah menerima sepucuk surat mengatakan ada lelaki lain menyukai pengadu.

Berikutan itu, pengadu bimbang keselamata­n diri dan anak-anaknya berpindah keluar dari tempat tinggalnya dan tinggal di rumah ibu teman lelakinya (suspek) itu.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 3 petang, 7 Mac lalu di hadapan sebuah lot di Permy Technology Park, Tudan sepasukan polis diketuai Sarjan Wong Poh Wei berjaya menangkap suspek kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Hasil siasatan awal mendapati suspek merupakan suami pengadu dan mereka tinggal bersama selama 19 tahun serta mempunyai lima orang anak namun tidak mendaftark­an perkahwina­n mereka.

Suspek juga dipercayai ada terlilbat kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Dalam permohonan lanjutnya, Wan Muhamad Mazlan berkata memandangk­an siasatan lanjut tidak dapat diselesaik­an dalam tempoh 24 jam, justeru memohon reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek berusia 39 tahun dari Jalan Bendahara di sini.

Katanya, polis masih memerlukan masa merakam percakapan suspek dan saksi selain merujuk suspek ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri untuk menjalani ujian saringan air kencing.

Mahkamah membenarka­n reman empat hari ke atas suspek sehingga 12 Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia