Utusan Borneo (Sabah)

Lembu KK Elit lebih besar, hasil formulasi makanan ternakan MARDI

-

PRODUK formula si makanan ternakan hasil penyelidik­an Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya meningkatk­an proses tumbesaran lembu dengan lebih cepat dan mampu mencecah berat sehingga 500 kilogram.

Penyelidik­an MARDI bagi formulasi makanan ternakan mengikut pengeluara­n bagi lembu jenis Kedah Kelantan Elit (KK Elit) itu diusahakan secara berterusan sejak 12 tahun lalu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata produk formulasi tersebut turut berupaya memastikan ternakan mencapai jumlah makanan kering dalam bentuk komponen nutrisi karbohidra­t, protein, lemak, galian dan vitamin.

Katanya, formulasi tersebut merangkumi makanan peringkat penggemuka­n, pembiakan, laktasi dan pembesaran.

“Kesemua produk yang dihasilkan ini masing-masing mempunyai tambahan fungsi dan kelebihan tersendiri. Ia dirumus bagi mengimbang­i keperluan nutrisi lembu baka

KK Elit untuk semua peringkat produksi pada kos yang optimum.

“MARDI akan terus melaksanak­an penyelidik­an bagi menghasilk­an teknologi baharu dari semasa ke semasa dan mengambil pendekatan proaktif menyelesai­kan masalah yang timbul di lapangan untuk faedah penternak,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Formulasi Makanan Ternakan Mengikut Peringkat Pengeluara­n Lembu Kedah KK Elit, di Chukai, Terengganu kelmarin.

Turut hadir Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor.

Ketika ditanya mengenai sasaran kerajaan bagi memastikan penyelidik­an tersebut dapat dimanfaatk­an penternak, Ahmad berkata pihaknya menyasarka­n dalam tempoh enam bulan untuk menarik perhatian pemain industri.

Berikutan itu beliau mengalu-alukan individu dan syarikat berkaitan makanan ternakan untuk tampil mengadakan kerjasama serta memasarkan produk tersebut.

Sementara itu tinjauan pemberita di sekitar kawasan penyelidik­an MARDI di sini, jelas menunjukka­n kejayaan formulasi tersebut, malah lembu jantan yang baru sahaja berusia sekitar tiga hingga empat tahun telah mempunyai berat sehingga 460 kilogram.

Lembu betina pula mempunyai berat 250 kilogram bagi tempoh yang sama serta sihat.

Pegawai Penyelidik MARDI, Dr Marini Ahmad Marzuki berkata antara bahan yang digunakan menerusi formulasi tersebut ialah isi rung kelapa sawit, hampas kacang, sekam padi dan bijian jagung untuk dijadikan sumber karbohidra­t yang mampu membekalka­n tenaga.

“Makanan diformulas­i menggunaka­n sekurang kurangnya 60 peratus bahan mentah tempatan dan ditetapkan aras tenaga serta protein mengikut peringkat produksi ternakan,” katanya.

Selain itu Pegawai Penyelidik Kanan MARDI Dr Mohd Rusly Shaari berkata dalam tempoh 12 tahun itu juga, pihaknya telah berjaya membangunk­an baka lembu KK Elit melalui program pemilihan dan peningkata­n baka.

Katanya, hasil gabungan baka KK Elit dan formulasi tersebut, kadar kenaikan badan harian berjaya ditingkatk­an daripada 350 gram sehari sehingga 800 gram sehari dalam sistem fidlot dengan pemberian formulasi makanan terumus. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? FORMULA BAHARU: Ahmad (kiri) memberikan makanan formulasi kepada lembu pedaging pada Pelancaran Formulasi Makanan Ternakan bagi Lembu Kedah Kelantan Elit dan Manual Teknologi Pengeluara­n Lembu Pedaging Kedah Kelantan Elit di Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kemaman, baru-baru ini.
— Gambar Bernama FORMULA BAHARU: Ahmad (kiri) memberikan makanan formulasi kepada lembu pedaging pada Pelancaran Formulasi Makanan Ternakan bagi Lembu Kedah Kelantan Elit dan Manual Teknologi Pengeluara­n Lembu Pedaging Kedah Kelantan Elit di Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kemaman, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia