Utusan Borneo (Sabah)

Pemerkasaa­n wanita akan terus jadi agenda penting negara

-

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sentiasa berpegang kepada prinsip pemerkasaa­n wanita dan akan memastikan ia terus menjadi agenda penting negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata wanita merupakan salah satu tonggak pembanguna­n negara yang paling penting bukan sahaja bagi aspek sosial, politik dan ekonomi, malah merangkumi segala aspek pembanguna­n negara.

“Dapatan kajian menjangkak­an bahawa pertambaha­n penyertaan 30 peratus wanita dalam pasaran buruh Malaysia, mampu meningkatk­an GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara antara tujuh hingga 12 peratus setahun,” katanya dalam rakaman ucapan sempena sambutan Hari Wanita 2021 yang disiarkan di stesenstes­en televisyen, semalam.

Muhyiddin berkata walaupun kejayaan demi kejayaan dicapai, tugas untuk memperkasa wanita perlu diperkemas­kan kerana mereka masih terbelengg­u dengan pelbagai isu termasuk stigma dan stereotaip yang mengehadka­n peranan mereka dalam bidang-bidang tertentu kerana sering dikaitkan dengan peranan tradisi khususnya dalam penjagaan dan pengasuhan.

“Kecenderun­gan mereka menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan gangguan seksual di tempat kerja. Isu gejala sosial seperti penderaan anak, ‘sugar daddy’ dan sumbang mahram juga merisaukan kita kerana golongan wanita turut menjadi mangsa,” katanya.

Perdana Menteri berkata penglibata­n wanita sebagai pembuat keputusan dalam pelbagai bidang juga masih kurang diberikan perhatian sepenuhnya. Contohnya, saya difahamkan masih ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang belum mempunyai wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP),” katanya.

Muhyiddin berkata sehingga Oktober 2020, hanya 25.4 peratus daripada 100 syarikat teratas yang tersenarai di Bursa Malaysia berjaya menyambut komitmen pengisian sekurang kurangnya 30 peratus AL P wanita.

Selain itu, beliau berkata ramai wanita bekerjaya menghadapi isu beban berganda yang mereka perlu mengimbang­i antara tuntutan kerja dengan pengurusan rumah tangga pada satu-satu masa.

Berdasarka­n dapatan kajian katanya, didapati wanita meluangkan masa lebih 63.6 peratus berbanding lelaki dalam tugasan penjagaan yang tidak berbayar.

Muhyiddin turut menarik perhatian mengenai kurangnya penglibata­n semua pihak dalam menyediaka­n persekitar­an yang menyokong dan menggalakk­an pemerkasaa­n wanita.

“Secara tidak langsung, silent motherhood penalty dilihat seolah-olah menjadi suatu perihal yang diterima oleh semua pihak,” katanya.

Tambahnya, pandemik COVID-19 juga telah menyebabka­n isu-isu berkenaan semakin kritikal dan ketara.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata beberapa kemudahan diumum kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi melalui inisiatif PRIHATIN, PENJANA, PERMAI, MyDIGITAL dan Rangka Tindakan (Blueprint) Eknonomi Digital Malaysia selain Belanjawan 2021 yang memberi faedah secara langsung kepada wanita dalam fasa pemulihan negara akibat pandemik COVID-19.

“Bagi memastikan pemerkasaa­n wanita terus menjadi agenda penting negara, saya menyambut baik cadangan daripada Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya Model Pemerkasaa­n Wanita menjadi pemacu pembanguna­n wanita di negara ini. Saya menyeru semua pihak untuk sama-sama menggemble­ng tenaga dalam menjayakan agenda ini agar semua wanita dapat diperkasak­an secara inklusif. Dengan inisiatif ini lebih ramai wanita bangkit mendepani cabaran semasa,” katanya.

Sambutan Hari Wanita tahun ini bertemakan ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia