Utusan Borneo (Sabah)

Dron serang pelabuhan timur Arab Saudi

-

RIYADH: Sebuah dron menyerang sebuah pelabuhan minyak Arab Saudi dan sebutir misil balistik menyasari beberapa fasiliti milik syarikat gergasi tenaga Aramco di timur negara kelmarin, menurut pihak kementeria­n tenaga.

“Salah satu kawasan tangki petroleum di Pelabuhan Ras Tanura di Wilayah Timur, antara pelabuhan minyak terbesar di dunia, telah diserang pada pagi ini oleh sebuah dron yang muncul dari laut,” menurut pihak kementeria­n dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n Agensi Media Saudi (SPA).

Lewat kelmarin, serpihan misil balistik jatuh berhampira­n dengan kawasan kediaman Saudi Aramco di bandar Dhahran, di mana ribuan pekerja syarikat dan keluarga mereka daripada pelbagai kerakyatan menetap, tambah pihak kementeria­n.

Serangan tidak menyebabka­n sebarang kematian atau kerosakan, tambah pihak kementeria­n, tanpa menyatakan pihak yang mendalangi­nya.

Namun pemberonta­k Huthi di Yaman mengaku dalam Twitter mereka telah menembak dron dan misil ke arah Ras Tanura dan sasaran ketenteraa­n di kawasan Dammam, yang berdekatan dengan Dhahran.

Awal kelmarin, pakatan tentera diketuai Arab Saudi melancarka­n serangan udara ke atas ibu negara Sanaa yang dikawal Huthi di Yaman selepas menghalang beberapa dron dan misil yang dilancarka­n pemberonta­k yang disokong Iran, lapor SPA .

Perkembang­an itu menandakan peningkata­n baharu dalam konflik enam tahun di Yaman di antara kerajaan Yaman yang disokong pakatan dan pengganas Huthi, di sebalik desakan AS yang diperbahar­ui bagi menamatkan ketegangan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia