Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 100 pendatang diselamatk­an luar pantai Canary

-

MADRID: Pengawal pantai Sepanyol telah menyelamat­kan 107 pendatang dari beberapa bot di luar Kepulauan Canary sepanjang hujung minggu, menurut jurucakap kelmarin.

Seramai 56 pendatang telah diselamatk­an dari dua kapal pada Sabtu lepas.

Sebuah bot telah ditemui di luar pulau Tenerife membawa 15 lelaki manakala bot kedua yang dihalang di luar Gran Canaria membawa 41 lelaki, kesemua mereka adalah dari Afrika sub-Sahara.

Kelmarin, pihak pengawal pantai telah menyelamat­kan 51 orang lagi di dalam sebuah bot yang ditemui di luar Gran Canaria, jelas beliau.

Di dalam bot terdapat 49 lelaki dan dua wanita.

Laluan paling singkat melalui laut ke kepulauan Atlantik adalah lebih 100 kilometer dari pantai Maghribi, namun tindakan merentasi laut sangat berbahaya kerana arus yang kuat dan kapal biasanya terlalu penuh dan usang.

Dalam dua bulan pertama tahun ini, seramai 2,341 pendatang mendarat di pulaupulau Sepanyol, satu peningkata­n sebanyak 112 peratus pada tempoh yang sama tahun lepas ketika jumlah itu berada pada 1,103, menurut statistik daripada kementeria­n dalam negeri.

Pada 2020, seramai 23,023 pendatang mendarat di pulau, lapan kali ganda berbanding sejumlah 2,687 yang tiba pada 2019.

Jumlah tersebut meningkat selepas peningkata­n rondaan di sepanjang pantai selatan Sepanyol secara dramatik yang mengurangk­an penyeberan­gan melalui Mediterran­ean.

Krisis melanda pulau-pulau tersebut di mana ribuan orang tinggal di kawasan kem sementara sebelum dipindahka­n ke petempatan pelancong atau kem yang disediakan tentera. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia