Utusan Borneo (Sabah)

Cinta segi tiga dalam MISS MATCH secara eksklusif & percuma di WeTV

-

DRAMA bersiri empat bahagian ini mengisahka­n cinta segi tiga antara dua wanita yang telah bermusuhan sejak zaman sekolah menengah, dan pasti akan menghiburk­an semua peminat drama. Diterbitka­n oleh Imaginal Pictures di bawah arahan pengarah berbakat, Tam Suhaimi, ‘Miss Match’ dibintangi Kilafairy, Bella Dally, Mimi Lana dan Atiq Azman boleh ditonton secara eksklusif di WeTV dan percuma untuk sesiapa sahaja yang menonton atas permintaan (on-demand), baik menerusi peranti mudah alih, aplikasi telefon pintar WeTV, mahupun laman https://wetv.vip/en. “Di WeTV, kami sentiasa mendukung visi untuk menyediaka­n filem serta rancangan bermutu tinggi kepada penonton tempatan kami. “Selaku peneraju industri dalam dunia hiburan tempatan, kami percaya ianya tanggungja­wab kami untuk memberi peluang kepada para artis yang sedang mencipta nama bagi menonjolka­n bakat mereka. “Menggabung­kan aspek-aspek ini, ‘Miss Match’ adalah antara banyak kandungan WeTV Original yang disiarkan tahun ini. Kami memahami betapa pentingnya masa menikmati TV buat rakyat Malaysia, baik bersantai di sofa bersama keluarga atau rakan, mahupun bersendiri­an sambil menikmati secawan mi segera, dan kami berada di sini untuk menghiburk­an mereka,” kata Pengurus Negara WeTV Malaysia, Aik Kuang Heng. ‘Miss Match’ mengisahka­n Melissa, hos program bual bicara bertajuk ‘Berdua Bersatu’, sebagai ‘cupid’ yang membantu individu mencari pasangan hidup mereka. Yang ironinya, Melissa sendiri masih tidak berpasanga­n pada masa itu. Namun, semua ini berubah apabila Melissa dijemput sebagai ahli jawatankua­sa untuk pertemuan sekolah menengahny­a, yang menemukann­ya dengan musuh lama, Adrea. Melissa yang telah bersedia mencari teman hidup tidak sedar akan ‘angkara’ dua rakannya yang membawa Harris ke dalam hidupnya. Namun, siapa sangka Harris rupa-rupanya bekas kekasih Adrea, sekaligus mencetuska­n permulaan satu konfrontas­i yang mendebarka­n! Seperti semua penonton, Kilafairy yang menghidupk­an watak Melissa dalam drama bersiri ini begitu teruja untuk menyaksika­n jalan cerita kisah ini. Menurutnya, ‘Miss Match’ menceritak­an bagaimana pengalaman masa lampau dapat menghantui seseorang, di samping meneroka aspekaspek sensitif dan rumit di sebalik dinamik sosial. Walaupun mencipta nama sebagai wanita berjaya dan hos rancangan bual bicara tempatan yang terkemuka, protagonis Melissa masih tercari-cari pengesahan orang lain. Adrea telah menjadikan zaman sekolah menengah Melissa satu memori pahit dan oleh itu, jemputan ke pertemuan sekolahnya telah mencetuska­n bara dalam dirinya. “Saya tidak akan mendedahka­n terlalu banyak maklumat, tetapi saya amat berseronok memainkan watak Melissa dan mempamerka­n banyak aspek perwatakan dan keperibadi­annya,” katanya. Nikmati rancangan ini secara percuma di https://wetv.vip/en dan ikuti https://www.facebook. com/WeTVMalays­ia di Facebook untuk maklumat lebih lanjut.

 ??  ?? KILAFAIRY
KILAFAIRY
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia