Utusan Borneo (Sabah)

Jangan halang rakyat mendapatka­n vaksinasi: Penguang

Penduduk kampung, rumah panjang di Marudi digalak daftar untuk ikuti Program Vaksinasi Kebangsaan

- Oleh W. Bolly Ongie

MARUDI: Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datu Dr Penguang Manggil semalam, memberi galakan kepada penduduk kampung dan rumah panjang di sini, mendaftar untuk mengikuti Program Vaksinasi Kebangsaan.

Penguang berkata tidak ada sesiapa termasuk tuai rumah, ketua kaum atau ketua masyarakat boleh melarang anak-anak buah atau penduduk daripada mendapatka­n vaksinasi ini.

“Saya difahamkan bahawa beberapa ketua kaum memberitah­u bahawa rakyat tidak dibenarkan mendaftar untuk mendapatka­n suntikan vaksinasi atas beberapa sebab, malah memberitah­u ia tidak selamat dan beberapa sebab yang lain,” katanya.

Beliau menekankan bahawa perkara itu tidak benar sama sekali dan mereka sepatutnya menggalakk­an dan membantu rakyat di bawah jagaan mereka mendapatka­n program vaksinasi tersebut untuk kebaikan dan keselamata­n mereka, bukannya memberikan sebab untuk menghalang mereka, dengan mendakwa ia tidak selamat.

“Vaksinasi ini amat selamat dan sudahpun digunakan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), negara-negara Eropah dan Singapura,” tambahnya.

Menurut Penguang, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah mengadakan vaksinasi ini untuk petugas barisan hadapan, termasuk di daerah Marudi.

“Jadi tidak perlu risau dan ragu, terutama bagi mereka yang didaftar kerana mereka belum mendengar taklimat daripada KKM dan hari ini (semalam) saya berada di sini kerana memberi sokongan moral kepada pasukan barisan hadapan yang menerima vaksinasi ini,” tambahnya.

Bagi mereka yang alergik, tinggi darah, kencing manis dan sebagainya, pegawai perubatan KKM pastinya akan memberikan mereka nasihat.

Sementara itu, semalam seramai 68 orang yang bertugas di barisan hadapan menerima suntikan vaksin ini, terdiri daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cawangan Maurdi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Marudi serta kakitangan Pejabat Daerah Marudi.

“Saya difahamkan bahawa beberapa ketua kaum memberitah­u bahawa rakyat tidak dibenarkan mendaftar untuk mendapatka­n suntikan vaksinasi atas beberapa sebab, malah memberitah­u ia tidak selamat dan beberapa sebab yang ” lain. Datu Dr Penguang Manggil Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? SELESAI: Penguang bersama sebahagian daripada 68 anggota petugas barisan hadapan di Marudi yang sudah menjalani program vaksinasi COVID-19 di Marudi, semalam.
SELESAI: Penguang bersama sebahagian daripada 68 anggota petugas barisan hadapan di Marudi yang sudah menjalani program vaksinasi COVID-19 di Marudi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia