Utusan Borneo (Sabah)

RM246,000 diperuntuk­kan bagi Program SABERKAS Prihatin

-

KUCHING: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) memperuntu­kkan RM246,000 kepada 82 cawanganny­a di seluruh negeri bagi membantu mereka yang memerlukan menerusi Program SABERKAS Prihatin.

Presiden SABERKAS Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program tersebut dijalankan di bawah Jawatankua­sa Kecil Sosial dan Kebajikan SABERKAS dengan peruntukan dana RM3,000 setiap satunya.

“Inisiatif kebajikan ini akan memastikan SABERKAS sentiasa menjadi contoh kepada semangat dan aspirasi untuk membantu masyarakat setempat dalam semua aspek.

“Ia turut membolehka­n SABERKAS menjadi sebuah organisasi yang memupuk semangat perpaduan di antara belia dan komuniti,” katanya pada sidang media inisiatif berkenaan di Wisma SEBERKAS semalam.

Tambah beliau, agihan dana tersebut adalah bagi membantu golongan atau kumpulan yang terjejas akibat bencana banjir, tanah runtuh, kebakaran, kemusnahan alam sekitar, masalah kesihatan, anak yatim dan miskin.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan turut menggalakk­an lebih ramai anak muda menyertai program kesukarela­an SABERKAS

yang tidak bersifat politik dan keagamaan itu.

Pihaknya selepas ini akan memfokuska­n kepada bidang keusahawan­an pertanian serta program bagi mengekang penyalahgu­naan dadah dalam kalangan belia di kawasan bandar dan luar bandar.

Setakat tahun 2020 ujarnya, sebanyak 144 aktiviti melibatkan bengkel, forum, kursus kemahiran, aktiviti sukan, sosial kemasyarak­atan, kebajikan, pendidikan, latihan, ekonomi dan keusahawan­an dalam pertanian telah dilaksanak­an.

Justeru, beliau berharap SABERKAS akan dapat melangkau ke satu tahap lagi agar sentiasa kekal relevan dalam kalangan belia menerusi maklum balas daripada mereka di peringkat akar umbi untuk penambaika­n.

“Saya telah menasihati semua cawangan SABERKAS untuk ke peringkat akar umbi dan melibatkan diri dengan belia setempat di sana untuk membantu mereka agar sentiasa menghala ke arah masa depan yang lebih baik,” tegasnya.

Turut hadir Naib Presiden SABERKAS Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Gerald Rentap Jabu, Michael Tiang, Abang Abdul Aziz Datuk Dr Abang Abdul Rauf, Setiausaha Agung Safiee Ahmad dan Setiausaha Penganjur Aidel Lariwoo.

 ??  ?? MANFAATKAN: Abdul Karim (empat kiri) menyerahka­n replika cek bernilai RM3,000 bagi Program SABERKAS Prihatin kepada salah seorang penerima daripada SABERKAS cawangan di Wisma SABERKAS semalam.
MANFAATKAN: Abdul Karim (empat kiri) menyerahka­n replika cek bernilai RM3,000 bagi Program SABERKAS Prihatin kepada salah seorang penerima daripada SABERKAS cawangan di Wisma SABERKAS semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia