Utusan Borneo (Sabah)

Pejabat Kesihatan Bahagian Betong terima dua komputer

-

BETONG: Pelbagai inisiatif dilaksanak­an Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu dalam usaha membantu rakyat termasuk petugas barisan hadapan menyediaka­n kelengkapa­n dalam tugasan sepanjang penularan pandemik COVID-19.

Bagi memenuhi usaha pihak di lapangan bertungkus-lumus berhadapan dengan pesakit positif, Pusat Khidmat DUN Layar meneruskan pelbagai bantuan kepada petugas barisan hadapan dan terbaharu Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Betong menerima dua set komputer untuk kegunaan khas merekod data pesakit dan urusan berkaitan.

Pegawai Kesihatan Bahagian PKB Betong Dr Johnny Pangkas hadir menerima sumbangan disampaika­n melalui Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Betong MDB Kaunselor Horace Entoi di pusat khidmat berkenaan semalam.

Menurut Dr Johnny, dua set disumbangk­an digunakan untuk urusan COVID-19 yang mana satu untuk PKB dan satu set lagi bagi kegunaan di Bilik Operasi Kuarantin Layar.

“Kita amat menghargai sumbangan daripada Gerald amat prihatin terhadap penduduk setempat dan petugas barisan hadapan.

“Dengan adanya komputer disumbangk­an dapat digunakan khas untuk perekodan data rasmi COVID-19 bagi kawasan Betong,” katanya pada majlis ringkas penyerahan itu di sini semalam.

Dr Johnny turut berpesan kepada masyarakat dan penduduk setempat agar mengutamak­an pematuhan amalan prosedur operasi standard (SOP) serta mengelak daripada perhimpuna­n sosial agar tiada penularan dan jangkitan penyakit.

“Elakkan daripada menganjurk­an perhimpuna­n sosial yang boleh mengundang kepada penularan kes-kes positif.

“Selain itu, sentiasa amalkan pematuhan SOP walaupun di mana kita berada kerana boleh menjaga kita daripada sebarang jangkitan,” katanya.

 ??  ?? SUMBANGAN: Horace (kiri) menyerahka­n komputer kepada Dr Johnny pada majlis ringkas di Betong semalam.
SUMBANGAN: Horace (kiri) menyerahka­n komputer kepada Dr Johnny pada majlis ringkas di Betong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia