Utusan Borneo (Sabah)

Pemohon IPTA, ILKA bagi sesi akademik 2021/2022 dikecualik­an bayaran UPUOnline

-

KUALA LUMPUR: Individu yang ingin melanjutka­n pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2021/2022 tidak akan dikenakan bayaran proses UPUOnline.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, perkara itu diputuskan selepas Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran bagi proses permohonan dalam talian itu.

“Untuk makluman, bayaran proses UPUOnline sebelum ini dikenakan kepada pemohon untuk mendapatka­n nombor unik ID Bank Simpanan Nasional sebagai syarat untuk mengisi borang permohonan bagi melanjutka­n pengajian ke IPTA dan ILKA.

KPT berharap keputusan ini dapat meringanka­n beban para pelajar dan melancarka­n urusan mereka untuk melanjutka­n pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, KPT berkata melalui pengecuali­an ini, permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA bagi sesi akademik 2021/2022 boleh dibuat terus oleh pemohon di laman sesawang upu.mohe.gov.my.

Tempoh permohonan bermula dari 4 Januari hingga 31 Mac bagi semua kategori pemohon iaitu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), Asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), matrikulas­i, dan diploma atau setaraf.

Bagi tarikh pemilihan program pengajian pula adalah dari 21 hingga 31 Mac bagi lepasan SPM, manakala lepasan STPM, Asasi, STAM dari 16 hingga 31 Mac, lepasan matrikulas­i (23 hingga 31 Mac), serta lepasan diploma atau setaraf (9 hingga 31 Mac). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia