Utusan Borneo (Sabah)

Man United menang bergaya, Liverpool tewas di Anfield

Pasukan Solskjaer menamatkan rekod kemenangan berturut-turut City sementara Liverpool derita tewas kepada Fulham

-

Pasukan Solskjaer menamatkan rekod kemenangan berturuttu­rut City sementara Liverpool derita tewas kepada Fulham

LONDON: Manchester United menamatkan rekod kemenangan berturut-turut Manchester City dengan kemenangan bergaya 2-0 sementara Liverpool semakin menderita apabila tewas kepada kelab tercorot, Fulham di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad.

City memulakan perlawanan di tempat sendiri dengan merekodkan 21 kemenangan berturut-turut dalam semua perlawanan.

Tetapi United mengakhiri rekod 28 perlawanan tanpa kalah dalam semua perlawanan City dengan gol penalti awal Bruno Fernandes dan gol Luke Shaw dalam separuh masa kedua perlawanan di Stadium Etihad.

Kemenangan membolehka­n United tanpa kalah dalam 22 perlawanan liga di tempat lawan dan naik ke tangga kedua liga tetapi masih ketinggala­n 11 mata di belakang pendahulu liga, City berbaki 10 perlawanan sahaja lagi musim ini.

Walaupun kehilangan 15 kemenangan liga pada kekalahan pertama sejak tewas di Tottenham pada bulan November, City tetap menjadi pilihan untuk memenangi kejuaraan ketiga dari empat musim.

“Kami akan menjadi perhatian kerana kami tewas tetapi berita penting ialah 21 kemenangan berturut-turut. Kami bermain dengan lebih baik berbanding aksi ketika menewaskan West Ham,” kata pengurus

City, Pep Guardiola.

“Kami akan cuba memenangi seberapa banyak perlawanan yang kami mampu untuk menjadi juara.”

Tanpa kejatuhan mendadak dalam prestasi pada baki musim ini, kemenangan ketiga dari empat pertemuan kedua-dua pasukan ini dijangka akan diingati kerana mengukuhka­n kedudukan di empat tangga teratas liga berbanding memburu kejuaraan. “Apabila anda pulang dengan kemenangan 20 dan tanpa bolos serta prestasi seperti ini, maka anda pastinya berasa gembira,” kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer. “Tetapi City terlalu jauh untuk kami kejar.” Selepas 34 saat sepak mula, Anthony Martial melakukan larian berbahaya ke dalam kotak penalti dan Gabriel Jesus bertindak dengan melakukan satu terjahan menyebabka­n Martial terjatuh dan pengadil tidak teragak-agak memberikan penalti. Fernandes seperti biasa tidak mengecewak­an apabila menewaskan penjaga gol City, Ederson untuk gol pembukaan. Ia adalah

Apabila anda pulang dengan kemenangan 2-0 dan tanpa bolos serta prestasi seperti ini, maka anda pastinya berasa gembira.Tetapi City terlalu jauh untuk kami kejar. Ole Gunnar Solskjaer Pengurus Manchester United

gol pertama United dalam empat perlawanan, meletakkan City ketinggala­n buat kali pertama dalam 20 perlawanan liga.

Pada minit ke-50, Shaw memulakan gerakan dari kawasan padangnya sendiri, bertukar hantaran dengan Marcus Rashford sebelum menewaskan Ederson buat kali kedua.

Hampir pasti akan kehilangan kejuaraan yang dimenangi musim lepas, Liverpool kini sudah tewas enam perlawanan berturut-turut di Anfield selepas Fulham, pasukan yang berada dalam zon penyingkir­an, menang 1-0.

Pencapaian buruk itu sememangny­a luar biasa kerana anak buah Jurgen Klopp sudah mengharung­i hampir empat tahun tanpa kalah di tempat sendiri dalam 68 perlawanan di antara April 2017 dan Januari tahun ini.

Peluang terbaik Liverpool untuk melayakkan tempat ke Liga Juara-Juara musim hadapan sekarang ialah dengan memenangi kejohanan itu musim ini selepas berada di tangga kelapan dan empat mata di luar empat tangga teratas liga selain bermain lebih satu perlawanan berbanding pesaing lain.

Mohamed Salah dipersalah­kan untuk gol tunggal perlawanan pada minit kecederaan separuh masa pertama.

Mario Lemina mengatasi

Salah untuk merampas bola dalam kotak penalti Liverpool sebelum melakukan rembatan menewaskan penjaga gol Liverpool, Alisson Becker.

“Kami tidak mempunyai mentaliti yang biasa kami ada tetapi pemain mahu memenangi perlawanan dan saya melihatnya hari ini. Kami masih melakukan kesilapan dan itulah masalahnya,” kata Klopp.

Pada perlawanan lain, Tottenham kembali memburu saingan di empat tangga teratas selepas Gareth Bale dan Harry Kane masing-masing menjaringk­an dua gol ketika membelasah Crystal Palace 4-1.

Bale menyempurn­akan umpanan Kane pada minit ke-25 untuk membuka jaringan sebelum Christian Benteke mengikat kedudukan pada minit akhir sebelum rehat.

Bale meletakkan Spurs kembali di hadapan pada minit ke-49 apabila menanduk gol keenam beliau dari enam perlawanan terakhir.

Kane melengkapk­an jaringan pada minit ke-52 dan 77 untuk meletakkan Spurs di tangga keenam, kurang dua mata berbanding Chelsea di tangga keempat selepas kemenangan ketiga berturut-turut.

Newcastle kini hanya satu mata di atas zon penyingkir­an selepas seri tanpa jaringan di West Brom. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? LEDAK: Fernandes (kanan) menjaringk­an gol pembukaan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester City dan Manchester United di Stadium Etihad di Manchester, England, kelmarin.
— Gambar AFP LEDAK: Fernandes (kanan) menjaringk­an gol pembukaan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester City dan Manchester United di Stadium Etihad di Manchester, England, kelmarin.
 ??  ?? SHAW
SHAW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia