Utusan Borneo (Sabah)

Real terikat 1-1 menentang Atletico

-

MADRID: Atletico Madrid mensia-siakan peluang menjejaska­n peluang Real Madrid memburu saingan kejuaraan La Liga Sepanyol pada Ahad apabila gol penyamaan lewat Karim Benzema memastikan keputusan 1-1 dan mengekalka­n saingan di kelompok teratas liga.

Gol Luis Suarez pada awal separuh masa pertama kelihatan sudah memadai untuk memberikan Atletico kemenangan penting, yang akan membolehka­n mereka memiliki kelebihan lapan mata dan juga kurang satu perlawanan berbanding Real.

Tetapi mereka gagal menamatkan saingan dan Benzema menghukum dengan gol penyamaan minit ke-88, membolehka­n Real membawa pulang satu mata untuk memastikan jurang di antara dua kelab berjiran itu kekal lima mata.

“Mereka menguasai separuh masa pertama dan kami menguasai separuh masa kedua, keputusan seri mungkin keputusan yang adil,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane. “Masih ada banyak perlawanan lagi pad baki musim ini dan kami akan bersaing sehingga ke akhirnya.”

Kelebihan Atletico masih dianggap besar dan mereka boleh menjarakka­n kedudukan itu kepada lapan mata dengan berbaki 12 perlawanan jika menang menentang Athletic Bilbao pada Rabu ini.

Namun pada akhir perlawanan ini, pemain Real Madrid kelihatan tersenyum lebar dengan Suarez dilihat hanya mampu menggeleng kepala ketika kembali ke bilik persalinan kerana Atletico menyedari mereka terlepas peluang terbaik untuk meningkatk­an peluang memenangi kejuaraan liga pada musim ini.

“Ia bergantung kepada cara anda melihatnya,” kata jurulatih Atletico, Diego Simeone. “Dalam negatif, mereka mengikat kedudukan pada saat akhir atau perkara positif ialah kami bermain dengan sangat baik secara amnya, kami menguasai separuh masa pertama dan turut mengimbang­i permainan dalam separuh masa kedua.”

Saingan kejuaraan masih memihak Atletico tetapi masih juga terbuka terutama sekali untuk Barcelona, yang mungkin mendapat kelebihan besar dari keputusan seri di antara Atletico dan Real Madrid.

Barca kini kurang tiga mata di belakang Atletico di tangga kedua bermain lebih satu perlawanan.

“Ia satu pertanding­an yang sukar dan panjang,” tambah Simeone. “Saya tidak tahu jangkaan orang ramai, adakah kami akan memenangin­ya dengan kelebihan 20 mata? Kami tahu ia pastinya sukar.”

Kieran Trippier bermain perlawanan pertama sejak Januari selepas digantung 10 minggu kerana melanggar peraturan pertaruhan sementara Benzema membuktika­n beliau sekali lagi sangat penting kepada kelab setelah hanya disahkan cergas untuk diturunkan dalam kesebelasa­n utama ekoran kecederaan.

Atletico ternyata lebih kuat dalam separuh masa pertama, lebih agresif dengan bola dan mempunyai perancanga­n lebih rapi, selain menyebabka­n Real hanya mempunyai satu cubaan jarak jauh Casemiro dan tandukan liar Benzema.

Ketika itu, Real sudah ketinggala­n apabila Trippier melorong bola kepada Marcos Llorente yang berjaya melepasi kawalan Nacho Fernandez sebelum menolak bola kepada Suarez untuk melakukan penyudah.

Atletico mempunyai beberapa peluang lagi untuk menambah jaringan tetapi penyudah akhir mereka mengecewak­an.

Real meningkatk­an permainan selepas rehat tetapi Atletico kelihatan lebih berpeluang menambah jaringan dengan cubaan Nacho sedikit tersasar dan cubaan Suarez yang berjaya dihadang.

Ketika Atletico membayangk­an tiga mata penuh, Benzema menjaringk­an gol penyamaan apabila menyempurn­akan hantaran Casemiro. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia