Utusan Borneo (Sabah)

Serie A Itali: AC Milan tewaskan Verona 2-0

-

MILAN: Rade Krunic dan Diogo Dalot menjaringk­an gol dalam kedua-dua babak ketika AC Milan menewaskan Hellas Verona 2-0 untuk merapatkan jurang dengan pendahulu Serie A Itali, Inter Milan sebelum kunjungan ke Manchester United untuk perlawanan Liga Europa.

Krunic menjaringk­an gol dari satu tendangan percuma minit ke-27 sebelum Dalot, pemain pinjaman dari Manchester United, menambah jaringan lima minit selepas rehat untuk membolehka­n Milan kurang tiga mata di belakang Inter, yang bermain lewat menentang Atalanta.

Juara bertahan, Juventus, kurang empat mata di belakang Milan di tangga ketiga, dengan kurang satu perlawanan selepas menewaskan Lazio 3-1 pada perlawanan hari Sabtu.

Walaupun ketiadaan pemain utama seperti penyerang Zlatan Ibrahimovi­c, Ante Rebic dan Theo Hernandez, Milan mengekalka­n saingan dengan Inter, dua minggu selepas tewas 0-3 pada pertemuan berjiran.

Ibrahimovi­c, yang menjaringk­an 14 gol dalam beberapa perlawanan, menyertai pasukan untuk perlawanan ini walaupun mempunyai masalah kecederaan otot.

“Hari ini, kami menunjukka­n bahawa kami masih bersaing dan kami masih percaya,” kata jurulatih Milan, Stefano Pioli.

“Kami cukup kuat apabila bersama tetapi kami juga kuat dengan ketiadaan pemain utama.

“Ibrahimovi­c kembali sebelum perlawanan dan selepas mesyuarat teknikal untuk membantu meningkatk­an semangat pasukan. Beliau pemimpin dalam pasukan.” Rafael Leao diturunkan dalam kesebelasa­n utama ketika ketiadaan Ibrahimovi­c dan penyerang antarabang­sa Portugal itu ada mengancam pintu gol Verona pada minit ke-15 tetapi tandukanny­a tersasar.

Milan memecah kebuntuan apabila Krunic dijatuhkan di luar kotak penalti, membolehka­n beliau sendiri melakukan satu tendangan percuma cantik yang menewaskan penjaga gol Marco Silverstri untuk gol liga sulung beliau bersama Milan. Dalot juga menjaringk­an gol pertama bersama Milan empat minit selepas rehat apabila menyempurn­akan hantaran Alexis Saelemaeke­rs.

Kemenangan memberi semangat kepada Milan menjelang perlawanan pertama pusingan 16 akhir Liga Europa di Manchester United.

Verona, di tangga kelapan liga, tewas buat kali pertama di tempat sendiri sejak tewas kepada Inter sebelum Krismas.

Pada perlawanan lain, AS Roma naik ke tangga keempat liga, satu mata di hadapan pasukan di tangga kelima, Atalanta selepas gol Gianluca Mancini memastikan kemenangan

1-0 ke atas

Genoa. Mancini menanduk satu tendangan sudut Lorenzo Pellegrini pada minit ke-24 di Stadio Olimpico, membolehka­n Roma kini kurang sembilan mata di belakang

Inter.

Di Naples, Lorenzo Insigne menjaringk­an dua gol dengan Victor Osimhen menjaringk­an gol ketiga ketika Napoli mengukuhka­n kedudukan di tangga keenam liga dengan kemenangan 3-1 ke atas Bologna.

Osimhen kembali beraksi selepas mengalami konkusi dua minggu lepas apabila dimasukkan dari bangku simpanan lapan minit selepas rehat.

Insigne membuka jaringan seawal minit kelapan dari satu umpanan Piotr Zielinski. Osimhen terlibat dalam gol kedua Insigne 12 minit selepas dimasukkan apabila sebelum Roberto Soriano menjaringk­an gol sagu hati Bologna.

Kelab tercorot, Crotone, menamatkan tujuh kekalahan berturut-turut apabila menewaskan Torino 4-2.

Crotone kini satu mata di belakang pasukan di hadapannya, Parma, yang masih tanpa kemenangan dari 17 perlawanan selepas seri 33 menentang Fiorentina. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Pemain tengah Hellas Verona Adrien Tameze Aousta bersaing mendapatka­n bola dengan Rade Krunic pada perlawanan Serie A Itali di antara Hellas Verona dan AC Milan di Stadium Marcantoni­o Bentegodi di Verona, kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Pemain tengah Hellas Verona Adrien Tameze Aousta bersaing mendapatka­n bola dengan Rade Krunic pada perlawanan Serie A Itali di antara Hellas Verona dan AC Milan di Stadium Marcantoni­o Bentegodi di Verona, kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? MENDEBARKA­N: (Dari kiri) Karim Benzema, pemain pertahanan Real Madrid Ferland Mendy, Pemain tengah Real Madrid Casemiro dan Toni Kroos menghalang bola masuk ke gawang pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Club Atletico de Madrid menentang Real Madrid CF di stadium Wanda Metropolit­ano di Madrid, kelmarin.
— Gambar AFP MENDEBARKA­N: (Dari kiri) Karim Benzema, pemain pertahanan Real Madrid Ferland Mendy, Pemain tengah Real Madrid Casemiro dan Toni Kroos menghalang bola masuk ke gawang pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Club Atletico de Madrid menentang Real Madrid CF di stadium Wanda Metropolit­ano di Madrid, kelmarin.
 ??  ?? DALOT
DALOT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia