Utusan Borneo (Sabah)

Quartararo catatkan masa terpantas pada hari kedua

-

KUALA LUMPUR: Pelumba Monster Energy Yamaha Fabio Quartararo mencatatka­n masa terpantas pada hari kedua ujian rasmi MotoGP di Litar Antarabang­sa Losail, Qatar, kelmarin.

Kenyataan MotoGP menyatakan, pelumba berusia 21 tahun dari Perancis itu merupakan pelumba pertama dan satu-satunya pelumba yang mencatatka­n satu minit 53.94 saat (s) bagi satu pusingan.

Pelumba Ducati Jack Miller mencatatka­n masa kedua terpantas, ketinggala­n 0.077s di belakang Quartararo dan diikuti Aleiz Esparagaro dari April ia G resi ni (+0.212 s) pada litar sepanjang 5.380km.

Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Franco Morbidelli merupakan pelumba pasukan satelit terpantas dan keempat terpantas keseluruha­n mencatatka­n masa 1:54.153 (+0.213s) selepas memperbaik­i catatan masanya berbanding sesi pertama.

“Kami menggunaka­n beberapa elemen baharu yang kami perlu cuba, ada yang saya suka dan ia sesuatu yang bagus untuk kita dapat mencubanya dan menggunaka­nnya pada motosikal saya.

“Melihat kepada ujian tiga hari ini (semalam), kami akan terus berusaha untuk memperbaik­i pakej keseluruha­n dan memfokuska­n kepada prestasi perlumbaan, memahami beberapa perkara sebelum dua perlumbaan GP di sini,” menurut kenyataan pasukan itu semalam.

Seorang lagi pelumba SRT dan legenda perlumbaan motosikal dunia Valentino Rossi yang telah menyertai pasukan satelit itu buat kali pertama, menamatkan ujian di tempat ke-20 selepas mencatatka­n 1:55.708s.

“Hari ini bukanlah yang terbaik, apabila saya mendapati kadar cengkaman bukanlah yang diperlukan, jadi ia tidak bagus. Kami mencuba beberapa perkara, tetapi kami bergelut dengan cengkaman dan pecutan apabila keluar daripada selekoh.

“Namun kami bekerja sepanjang hari, dan kami mencuba penalaan yang baharu. Kami akan periksa data bagi membantu kami mencari penalaan lebih baik pada ujian pada Rabu ini,” katanya juara tujuh kali MotoGP Dunia itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia