Utusan Borneo (Sabah)

166,363 individu divaksin setakat kelmarin

-

KUALA LUMPUR: Seramai 166,363 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah divaksinka­n setakat kelmarin (8 Mac), kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan 25,271 individu, diikuti Pahang (15,521); Selangor (15,357) dan Johor seramai 13,746 orang.

“Kuala Lumpur seramai 13,681 individu; Sabah (13,474); Kelantan (13,149);

Perak (12,952); Kedah (9,358); Terengganu (9,081); Pulau Pinang (6,487); dan Negeri Sembilan (5,981).

“Sementara di Melaka seramai 4,411 orang; Perlis (3,062); Putrajaya (2,573) dan Labuan seramai 2,259 individu telah divaksin,” katanya menerusi infografik yang dimuat naik di

Twitternya, semalam.

Pada 24 Februari lepas, PICK dilancarka­n dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dr Noor Hisham menjadi antara individu pertama menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, jenis Pfizer-BioNTech. — Bernama

KUALA LUMPUR: Pesuruhjay­a Tinggi Britain Charles Hay, memuji Malaysia kerana telah melaksanak­an pelbagai langkah sejak dua tahun kebelakang­an ini untuk memajukan matlamat Komanwel iaitu ‘Keadilan, Kemakmuran, Kelestaria­n dan Keselamata­n’.

Menurutnya, Malaysia antara empat daripada 54 kumpulan anggota mempunyai projek I-Work, dirancang bagi meningkatk­an prospek pekerjaan belia termasuk mereka yang kurang bernasib baik, dengan memperkena­lkan pendekatan baharu untuk pembanguna­n kemahiran yang dipimpin majikan .

Malaysia juga negara Komanwel pertama memulakan pengiraan kadar tenaga dan pelepasan gas bertujuan mencipta model tenaga yang mudah digunakan untuk menyokong perancanga­n iklim, dengan bajet 3.5 juta yang diumum United Kingdom pada Mesyuarat KetuaKetua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2018.

Bercakap pada acara sempena Hari Komanwel di Commonweal­th House di sini pada Isnin malam, Hay berkata inisiatif lain oleh Malaysia termasuk mengadakan Persidanga­n Kepemimpin­an Politik Wanita Rantau Asia yang menumpukan dasar dan inisiatif mengarus perdana kesamaan gender di seluruh rantau Asia.

“Malaysia juga menyelesai­kan projek perintis Komanwel SheTrades, menyokong perniagaan milik wanita untuk lebih berdaya saing, mempromosi ekonomi dan penciptaan pekerjaan.

“Selain itu, Universiti Malaya adalah satu daripada lima universiti yang mengendali­kan Biasiswa Queen Elizabeth Komanwel. Sejak April 2018, 47 sarjana telah mendapat manfaat daripada skim biasiswa ini,” katanya.

Beliau juga gembira apabila seorang diplomat kanan Malaysia, Datuk Sudha Devi Vasudevan, baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Yayasan Komanwel, agensi kumpulan masyarakat awam yang beribu pejabat di London.

Di samping itu beliau turut memuji beberapa anak muda Malaysia yang terlibat dalam Projek Ocean Hope, yang diasaskan bersama oleh seorang rakyat Malaysia, Mogesh Sabathy. Ia satu kumpulan yang dipimpin belia bertujuan mengetenga­hkan masalah laut dan pemulihara­an alam sekitar melalui kempen dan latihan kepimpinan.

“Mogesh adalah finalis untuk Anugerah Belia Komanwel 2021, satu pencapaian sangat baik, dan berharap Mogesh akan melangkah lebih jauh dan menjadi antara pemenang dalam acara yang diadakan secara maya pada Rabu,” tambah Hay.

Selain itu, pengasas bersama Zero Waste Malaysia, Khor Sue Yee dan Aurora Tin, dinobatkan pemenang terbaharu Anugerah Commonweal­th Points of Light, NGO mereka bekerja dengan komuniti dan syarikat-syarikat untuk memastikan dasar sampah sifar diterima pakai rakyat dan perniagaan di Malaysia.

Anugerah ini meraikan usaha sukarelawa­n yang luar biasa, sehingga mencetus inspirasi kepada orang lain untuk menjadi sukarelawa­n dan meninggalk­an kesan positif dalam komuniti.

“Saya sangat gembira kerana Zero Waste Malaysia telah meluangkan masa untuk mengambil bahagian dan menyokong siri webinar pada 2020 dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia menjalani gaya hidup sifar sisa atau hampir sifar,” kata utusan itu.

Beliau turut menyebut nama tiga saintis wanita Malaysia yang telah menyumbang dalam sains lautan - Prof Madya Dr Goh Hong Ching dari Universiti Malaya dalam projek perlindung­an bakau, Prof Zainura Zainon Noor dari Universiti Teknologi Malaysia untuk penyelidik­an Hab Keselamata­n Air, dan Hui Ling, penuntut PhD Universiti Nottingham Malaysia yang mengkaji kesan plastik mikro di rantau ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia