Utusan Borneo (Sabah)

Akta 446 bantu pulih imej negara dalam pengurusan pekerja asing

-

PUTRAJAYA: Penguatkua­saan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) antaranya akan membantu usaha memulihkan imej negara dalam aspek pengurusan pekerja asing, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau berkata Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) yang berperanan penting memulihkan imej negara dari segi pengurusan pekerja asing, seperti isu pekerja tidak menerima layanan yang adil, telah mengambil inisiatif menguatkua­sakan Akta 446 sebagai satu prasyarat sebelum majikan dapat membawa masuk pekerja asing.

Saravanan berkata kemasukan pekerja asing tidak akan diluluskan jika majikan tidak dapat menyakinka­n Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dengan kemudahan yang disediakan bersesuaia­n dengan jumlah pekerja yang dimohon.

“Beri kami beberapa tahun, kami memberi jaminan Malaysia akan menjadi salah satu negara terbaik untuk membuktika­n kepada seluruh dunia bahawa kita tahu bagaimana mengurus pekerja dan sistem,” katanya kepada media selepas majlis sambutan 365 hari pencapaian Menteri Sumber Manusia, di sini semalam.

Selain itu, JTK akan mengeluark­an kerangka kerja khas dalam masa terdekat bagi pembinaan Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) kepada pemaju dalam memenuhi spesifikas­i dan piawaian selaras dengan Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 yang berkuat kuasa 26

Februari lepas, katanya.

“Kerangka itu meliputi penambahba­ikan pengurusan perumahan dan penginapan, persekitar­an yang kondusif untuk memastikan pekerja asing dilayan seperti manusia,” katanya.

Mengenai pencapaian KSM selama setahun, Saravanan berkata sebanyak 2.7 juta warga kerja dapat dikekalkan, selain 300,000 majikan dan industri dapat bertahan ketika negara dan dunia berdepan dengan pandemik COVID-19.

Menyentuh mengenai hala tuju 2021, beliau berkata antara fokus KSM adalah untuk peningkata­n keupayaan institusi latihan, cadangan mewujudkan Pusat Sumber Manusia Negara, peningkata­n aspek perlindung­an sosial dan peningkata­n penyelaras bagi usaha upskilling dan reskilling (meningkatk­an kemahiran pekerjaan dan pengajaran semula kemahiran. — Bernama

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata hanya 2,982 daripada 18,547 kekosongan yang wujud dalam sektor pertanian telah diisi tahun lepas.

Beliau berkata statistik Sistem Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (SIP PERKESO) itu menunjukka­n sektor pertanian masih kurang diminati dalam kalangan pencari kerja yang majoritiny­a terdiri daripada lepasan sekolah dan siswazah.

“Mungkin inilah masanya bagi sektor pertanian menjadi lebih kreatif dan menjenama semula pekerjaan untuk menarik perhatian golongan belia,” katanya dalam ucapan pada majlis perasmian Karnival Kerjaya Agrikomodi­ti 2021 yang diadakan secara maya semalam.

Saravanan berkata pihaknya memahami kesukaran pihak industri dalam sektor agrikomodi­ti berhubung isu kekurangan tenaga kerja berikutan pandemik COVID19 yang mengakibat­kan pembekuan pengambila­n pekerja asing baharu dalam semua sektor.

Katanya sebagai langkah penyelesai­an jangka pendek, kerajaan telah memberi kelonggara­n kepada majikan yang terkesan, sama ada tidak berupaya ataupun sukar meneruskan penggajian pekerja asing, untuk memindahka­n keseluruha­n atau sebahagian pekerja asing mereka kepada syarikat lain melalui program Permohonan Pertukaran Majikan.

Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) dan Kementeria­n Dalam Negeri juga telah melancarka­n Pelan Rekalibras­i Pendatang Asing Tanpa Izin bermula 16

November 2020 hingga 30 Jun 2021 merangkumi Program Rekalibras­i Pulang dan Program Rekalibras­i Tenaga Kerja.

Selain itu, inisiatif di bawah Program PenjanaKer­jaya iaitu ‘Malaysiani­zation’ juga telah diperkenal­kan melibatkan penggantia­n jawatan pekerja asing oleh pekerja tempatan dengan insentif kepada majikan meliputi 40 peratus daripada gaji bulanan dengan nilai maksimum RM4,000.

“Sebanyak RM500 atau 20 peratus daripada gaji bulanan, atau mana yang lebih tinggi, akan dibayar terus kepada pekerja. Insentif ini layak diterima untuk tempoh enam bulan,” katanya.

Karnival Kerjaya Agrikomodi­ti 2021 yang diadakan secara maya selama dua hari bermula semalam menawarkan lebih 8,600 kekosongan. — Bernama

 ??  ?? PENCAPAIAN: M. Saravanan menunjukka­n buku‘365 Hari Pencapaian Menteri Sumber Manusia’ketika sidang media di Kementeria­n Sumber Manusia, Putrajaya semalam.
PENCAPAIAN: M. Saravanan menunjukka­n buku‘365 Hari Pencapaian Menteri Sumber Manusia’ketika sidang media di Kementeria­n Sumber Manusia, Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia