Utusan Borneo (Sabah)

Pemain industri barter trade lega boleh beroperasi semula

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Pemain industri barter trade dan transhipme­nt di daerah ini lega kerajaan negeri membenarka­n semula perniagaan mereka beroperasi bermula 5 Mac lalu.

Pengarah Syarikat Usaha Bagus Enteprise Sdn Bhd Saiful Ali, 38, berkata, perniagaan­nya mengalami kerugian hampir RM3 juta kerana tidak dapat beroperasi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu lagi.

“Kami bukan sahaja terpaksa menanggung kerugiaan barang-barang yang disimpan menghampir­i tarikh luput, malah terpaksa membayar sewa kontena di pelabuhan selain pihak pembekal meminta disegeraka­n bayaran barang yang sudah ditempah.

“Saya juga terpaksa mengeluark­an kos kontena sebanyak RM9,100 sehari tanpa sebarang keuntungan yang diperolehi, bayangkan selama aktiviti ini dihentikan berapa banyak kerugiaan yang kami tanggung,” katanya.

Menurutnya, kebenaran beroperasi semula yang diumumkan kerajaan negeri merupakan satu rahmat buat kami pemain industri ini dan seakan-akan dapat bernafas semula setelah mengalami kerugian besar.

“Kami berharap kerajaan negeri akan terus membela nasib pemain industri ini dengan tidak menutup kembali operasi perniagaan barter trade dan transhipme­nt.

“Kerajaan boleh menguatkua­sakan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) atau syarat bagi membendung penularan COVID-19, asalkan perniagaan ini terus beroperasi,” katanya.

Beliau berkata, sebagai pelopor industri barter trade dan transhipme­nt di daerah ini adalah menjadi tanggungja­wab pihaknya untuk terus bersama-sama membantu menaikkan ekonomi negeri ini.

Dalam pada itu, katanya, syarikatny­a juga banyak membantu menyalurka­n bantuan kepada penduduk yang terjejas sejak berlakunya pandemik COVID-19.

“Memandangk­an barangbara­ng makan digudang terlalu banyak yang tidak dapat dieksport, kami mengambil keputusan untuk berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan.

“Kami banyak menyalurka­n bantuan bakul makanan kepada badan-badan bukan kerajaan untuk disalurkan kepada golongan sasar di sekitar daerah ini,” katanya.

Terdahulu, pihaknya bersama rakan pengusaha yang lain berjumpa dengan Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan untuk membela nasib mereka sebelum ini.

Pada 2 Mac lalu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengumumka­n kerajaan negeri bersetuju membenarka­n aktiviti barter trade dan transhipme­nt membabitka­n pergerakan semua kapal bukan konvensyen (NSC) atau kumpit.

 ??  ?? GUDANG: Saiful menunjukka­n barang-barang yang hampir tamat luput tersimpan di dalam gudang syarikatny­a.
GUDANG: Saiful menunjukka­n barang-barang yang hampir tamat luput tersimpan di dalam gudang syarikatny­a.
 ??  ?? SAIFUL
SAIFUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia