Utusan Borneo (Sabah)

Tiga pengedar dadah diberkas anggota PGA

- Oleh Hamzah Sanudin

KALABAKAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya memberkas tiga individu termasuk seorang wanita disyaki pengedar dadah dalam dua tangkapan berasingan di sebuah ladang di sini, kira-kira jam 10.30 malam baru-baru ini.

Tangkapan dibuat oleh pasukannya yang menjalanka­n tugas rondaan Ops Benteng COVID-19 serta bantuan daripada anggota dari Balai Polis Kalabakan dan anggota penguatkua­saan ladang tersebut.

Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, Supt

Mohd Yacob Murad berkata, tangkapan pertama membabitka­n seorang lelaki warga asing berumur 39 tahun yang dilihat berdiri di hadapan sebuah rumah kongsi dalam keadaan mencurigak­an.

“Sebaik menyedari kehadiran pasukan keselamata­n, lelaki terbabit bertindak melarikan diri dan membuang satu plastik berwarna ungu di tangannya, namun lelaki terbabit berjaya ditangkap.

“Pemeriksaa­n awal mendapati lelaki terbabit merupakan warga asing dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yangs sah,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, pemeriksaa­n ke atas plastik tersebut mendapati terdapat 16 tiub berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 3.1 gram dengan nilai anggaran kasar sebanyak RM310.

Mengulas lanjut katanya, berdasarka­n maklumat diterima, pasukannya bertindak melakukan serbuan ke atas sebuah rumah kongsi tidak bernombor di Blok D ladang sama beberapa jam selepas tangkapan pertama.

“Semasa serbuan dilakukan, terdapat seorang lelaki dan wanita masing-masing berumur 18 dan 17 tahun di dalam rumah berkenaan.

“Pemeriksaa­n awal, keduadua suspek berkenaan merupakan warga asing dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah,” katanya.

Katanya, pemeriksaa­n lanjut yang dijalankan, pasukan keselamata­n menemui satu sampul surat berwarna putih mengandung­i 11 tiub disyaki dadah jenis syabu seberat 1.3 gram dianggarka­n bernilai RM130.

“Kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan selanjutny­a, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia