Utusan Borneo (Sabah)

Dua parti politik sambut baik pembatalan larangan penggunaan kalimah ALLAH

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Keputusan Mahkamah Tinggi membatalka­n arahan berkaitan larangan penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan pendidikan Agama Kristian oleh kerajaan pada 1986 mendapat reaksi positif dua parti politik di negeri ini.

Selain kalimah ALLAH, tiga lagi perkataan yang dibenarkan adalah Baitullah, Kaabah dan Solat, namun mahkamah memerintah­kan supaya turut diletakkan penafian, ‘Hanya Untuk Orang Kristian’, dengan lambang salib di hadapan kulit buku.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan mengakui lega kerana kontrovers­i berkaitan isu berkenaan diselesaik­an di mahkamah.

“Saya harap tidak ada pihak mempolitik­kan keputusan itu kerana isu ini bukannya berkaitan politik tetapi masalah undang-undang yang harus diputuskan mahkamah,” katanya, menerusi kenyataann­ya di sini, semalam.

Dr Jeffrey yang juga Timbalan

Ketua Menteri percaya perlunya semua pihak menumpukan perhatian terhadap usaha untuk menangani isu-isu berkaitan yang sebelum ini disifatkan­nya ‘terlalu dipolitikk­an’.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebagai sebuah kerajaan berbilang budaya dan agama, Kerajaan Sabah akan memastikan imej negeri ini tetap inklusif dan teguh bersatu.

Menyentuh desakan UMNO dan PAS supaya Kerajaan Persekutua­n merujuk keputusan Mahkamah Tinggi itu ke Mahkamah Rayuan, beliau menyerahka­n perkara itu kepada pihak kerajaan.

“Secara peribadi, saya beranggapa­n UMNO dan PAS berhak dengan pendapat mereka, pada masa sama, mereka juga perlu menghormat­i keputusan pengadilan mahkamah,” katanya.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau turut menyambut baik keputusan terbaharu Mahkamah Tinggi terbabit.

Madius mengeluark­an kenyataann­ya bersama Timbalanny­a, Senator Datuk Donald Peter Mojuntin dan Naib Presiden parti itu, Datuk Ewon Benedick juga serentak semalam.

Ketiga-tiga mereka menyifatka­n keputusan itu menepati aspirasi rakyat Sabah yang mahu kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Batu Sumpah Malaysia.

“Kami berharap kenyataan Muafakat Nasional (UMNO dan PAS) menggesa Kerajaan Persekutua­n mengemukak­an rayuan juga dibuat berdasarka­n alasan undang-undang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia