Utusan Borneo (Sabah)

Ketua Kampung dan JPKK perlu sentiasa turun padang

- Oleh Yap Siong Han

TUARAN: Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK) digesa sentiasa turun padang untuk mengetahui masalah penduduk di kawasan mereka termasuk menerangka­n agenda pembanguna­n kerajaan negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Hj Noor berkata, sebagai pemimpin di peringkat akar umbi, mereka perlu menjalanka­n amanah dan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungja­wab, khususnya ketika penularan pandemik COVID-19 ini.

“Penularan pandemik COVID-19 memberi kesan besar ke atas ekonomi negeri dan rakyat, malah banyak sektor yang terjejas termasuk pelanconga­n.

"Sebab itu apabila kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerajui kerajaan negeri, saya melancarka­n Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sebagai agenda atau pelan pembanguna­n negeri ini.

“Halatuju SMJ ini adalah untuk memulihkan semula ekonomi dan kesejahter­aan rakyat di negeri ini. Kerajaan juga turut memberikan pelbagai bantuan termasuk pemberian tunai one-off untuk membantu ekonomi rakyat.

“Justeru, Ketua Kampung dan JPKK memainkan peranan penting untuk menjelaska­n agenda ini kepada rakyat di kawasan masing-masing. Apa bantuan yang diberikan dan siapa yang layak untuk mendapatka­nnya,” katanya, sambil menambah Halatuju SMJ akan dilancarka­n pada hujung bulan ini.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaia­n Sumbangan Bakul Makanan B40 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, di sini, semalam.

SumbanganB­akulMakana­n B40 itu membabitka­n tiga mukim di DUN Sulaman iaitu Mukim Serusup, Indai dan Tambalang.

Setakat 11 Mac 2021, sebanyak 284,666 bakul makanan atau kira-kira 85.59 peratus sudah diagihkan kepada golongan sasar di Sabah.

Mengulas lanjut, Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman turut mengingatk­an Ketua Kampung dan JPKK agar terus menyampaik­an semua bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat, terutama ketika krisis kesihatan ini.

“Jangan pula apabila dilantik sebagai pemimpin, hanya mahu fikir projek sahaja, tidak mahu turun padang, tidak mahu bekerjasam­a termasuk meminggirk­an mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

“Sebaliknya kita perlu peka dengan setiap masalah penduduk di kawasan masingmasi­ng dan menyampaik­an maklumat berkaitan bantuan kerajaan kepada rakyat,” katanya sambil menambah pelbagai bantuan yang diberikan itu membuktika­n GRS adalah kerajaan yang prihatin dan bertanggun­gjawab.

Sementara itu, pada

Khamis, kerajaan negeri menerima sumbangan berupa cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer dan kit ujian COVID-19 yang bernilai RM100,000 daripada syarikat CLA Global Holdings Sdn Bud.

Hajiji menerima sumbangan itu daripada Pengarah CLA Global Holdings Sdn Bhd, Muhammad Afiq Asyraf Mohd Nardin, yang turut dihadiri Pengerusi CLA Global Holdings Sdn Bhd, Datuk Albert Tei Jiann Cheing.

Sumbangan itu membabitka­n sebanyak 2,400 botol cecair pembasmi kuman dan 940 set kit ujian COVID19, dalam usaha membantu kerajaan negeri menangani penularan pandemik itu di Sabah.

 ??  ?? BANTUAN: Hajiji (tiga kanan) menyampaik­an bantuan Bakul Makanan B40 kepada seorang wakil penduduk bagi DUN Sulaman.
BANTUAN: Hajiji (tiga kanan) menyampaik­an bantuan Bakul Makanan B40 kepada seorang wakil penduduk bagi DUN Sulaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia