Utusan Borneo (Sabah)

73 RUMAH MUSNAH TERBAKAR

Hampir 300 keluarga hilang kediaman dan kini ditempatka­n di Pusat Penempatan Sementara sekitar ibu negeri

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Hampir 300 keluarga kehilangan tempat tinggal selepas 73 rumah di Kampung Lok Urai Siasi Blok B Pulau Gaya, di sini, musnah terbakar kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Komander Operasi Penguasa Kanan Bomba 1 (PgKB1) Hamsa Isnurdin berkata seramai 40 pegawai pelbagai pangkat digegaskan ke lokasi bagi melaksanak­an operasi pemadaman sebaik menerima panggilan kecemasan jam 8.32 malam.

“Kita menggerakk­an satu jentera serta empat utiliti lain milik Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu ke lokasi yang terletak dua kilometer dari jarak balai.

“Semasa ketibaan pasukan bomba, kita menjalanka­n operasi pemadaman menggunaka­n sumber air terbuka dan membuat ‘fire break’ untuk memutuskan laluan api ke tempat seterusnya.

“Sebanyak 73 rumah penduduk jenis tidak kekal dengan keluasan satu ekar musnah terbakar manakala pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada memusnahka­n 757 rumah lain di perkampung­an atas air terbabit,” katanya.

Menurutnya kejadian tidak melibatkan sebarang kematian dan kecederaan manakala punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

Beliau berkata Pasukan Keluaran Operasi kemudianny­a melakukan pemeriksaa­n akhir untuk memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetus bahaya kebakaran sebelum menamatkan operasi sepenuhnya jam12.37 pagi.

Sementara itu Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip yang ditemui di Jeti TamanTaman Sabah semasa kejadian berkata pihaknya sudah mempersiap­kan tiga Pusat Penempatan Sementara (PPS) kepada mangsa kebakaran.

“Tiga PPS sudah disediakan untuk menempatka­n mangsa kebakaran masing-masing di Sembulan, Likas dan Damai jika ada keperluan dan kita juga difahamkan sebahagian mangsa sudah berpindah ke rumah sanak saudara lain untuk berlindung buat sementara waktu,” katanya.

Dalam pada itu Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel (PA) Sharudin Md Zain mengesahka­n dua PPS iaitu Dewan Sembulan dan Likas sudah dibuka bermula 11 malam manakala Dewan Damai sudah disiapkan untuk sebarang perpindaha­n.

“Dewan Sembulan sudah menempatka­n 58 mangsa masing-masing 32 dewasa 17 kanak-kanak dan sembilan warga emas.

“21 mangsa dari dua keluarga termasuk lapan dewasa, 10 kanak-kanak, seorang bayi dan dua warga emas pula ditempatka­n di Dewan Serbaguna Likas menjumlahk­an keseluruha­n 71 mangsa yang sudah dipindahka­n setakat ini,” katanya.

 ??  ?? PINDAH: APM membantu memindahka­n mangsa kebakaran ke PPS disediakan.
PINDAH: APM membantu memindahka­n mangsa kebakaran ke PPS disediakan.
 ??  ?? TERBAKAR: Keadaan kebakaran yang memusnahka­n 73 rumah di Kampung Lok Urai Pulau Gaya di sini.
TERBAKAR: Keadaan kebakaran yang memusnahka­n 73 rumah di Kampung Lok Urai Pulau Gaya di sini.
 ??  ?? RANAP: Kesan kebakaran di Kampung Lok Urai Pulau Gaya.
RANAP: Kesan kebakaran di Kampung Lok Urai Pulau Gaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia