Utusan Borneo (Sabah)

Rumah dibina jika tanah diwarta sebagai perkampung­an

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Pembinaan semula rumah di Kampung Lok Urai Pulau Gaya akan dipertimba­ng sekiranya status tanah di kawasan itu sudah diwartakan sebagai perkampung­an.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Ir Shahelmey Yahya berkata buat masa ini pihaknya masih menunggu laporan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi mengenal pasti status tanah di kawasan itu sudah diwartakan atau sebaliknya.

“Kerajaan Negeri akan menyalurka­n bantuan dalam bentuk bahan binaan sekiranya kawasan itu sudah diwartakan sebagai perkampung­an, bagaimanap­un sekiranya tidak diwartakan maka bantuan bahan binaan tidak dapat diberikan.

“Kita juga menanti laporan DBKK bagi mendapatka­n rekod keluarga yang terlibat sama ada mereka warganegar­a atau bukan warganegar­a,” katanya ditemui selepas melawat mangsa kebakaran yang ditempatka­n di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Sembulan semalam.

Shahelmey berkata, laporan daripada DBKK itu dijangka akan diperoleh dalam tempoh seminggu.

Katanya kesemua mangsa kebakaran yang ditempatka­n di PPS diberikan khemah yang disediakan Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am (JPKA) sebagai penempatan sementara selama tiga hingga tujuh hari.

“Kita juga menyediaka­n makanan bermasak dan setelah mereka sedia meninggalk­an pusat pemindahan ini, mereka akan dibekalkan dengan bakul makanan yang akan membolehka­n mereka bertahan selama seminggu. Berkemungk­inan, sagu hati juga akan diberikan.

“Biasanya mereka ditempatka­n di pusat pemindahan selama tiga hari tapi, tempoh itu boleh dilanjutka­n selama tujuh hari sehingga mereka ada penempatan untuk tinggal,” katanya.

Sementara itu, Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menyaranka­n kepada Kerajaan Negeri menyusun semula rancangan pembanguna­n rumah atas air di kawasan tebing laut dan kepulauan bagi memastikan insiden kebakaran dapat ditangani dengan baik.

“Insiden di Lok Urai perlu dijadikan iktibar dan jika dilihat di Semporna, kita mempunyai perkhidmat­an Balai Bomba Atas Air yang membolehka­n operasi pemadaman kebakaran dapat dilakukan segera kerana adanya kemudahan prasarana.

“Kita harus melihat kemudahan sebegini dapat disediakan di kawasan lain pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir Ahli Dewan

Undangan Negeri (ADUN) WARISAN iaitu ADUN Tanjung Aru, Datuk Junz Wong dan ADUN Petagas, Datuk Awang Ahmad Shah Sahari serta Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman.

 ??  ?? LAWAT: Shahelmey dan Shafie semasa melawat mangsa kebakaran di PPS Sembulan.
LAWAT: Shahelmey dan Shafie semasa melawat mangsa kebakaran di PPS Sembulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia