Utusan Borneo (Sabah)

Kluster Jambatan 1 Bombalai Kalabakan catat pertambaha­n empat kes baharu positif COVID-19

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kluster Jambatan 1 Bombalai di Kalabakan merekodkan pertambaha­n sebanyak empat kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 15 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia adalah Kluster Baharu melibatkan wanita berusia 59 tahun yang tinggal di Kg Jambatan 1 Bombalai dalam mukim Merotai di daerah Kalabakan.

“Kes indeks itu dikesan positif melalui saringan bergejala di salah sebuah pusat perubatan di Tawau pada 26 Februari 2021.

“Hasil penelitian, kes indeks telah mengadakan kenduri akikah di kediaman beliau (Kg Jambatan 1 Bombalai) pada 20 Februari 2021.

“Daripada 41 kontak rapat yang disaring sejak 1 Mac 2021, 14 orang disahkan positif. Pengesanan kontak rapat dan punca jangkitan masih giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Dalam pada itu katanya, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada 12 Mac 2021 adalah sebanyak 61 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,736 kes.

Katanya, jumlah pesakit COVID-19 yang sudah sembuh ialah 78 menjadikan jumlah kumulatif 52,546 orang.

Katanya, seramai 547orang pesakit sedang menerima rawatan iaitu 189 orang di hospital dan 358 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.

“Bilangan pesakit dalam Unit Rawatan Rapi ialah 19 orang dan enam orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Daripada 61 kes positif

COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 41 kes adalah berpunca daripada saringan kontak rapat, lima kes saringan bergejala, sembilan kes saringan kluster baharu dan sedia ada serta enam kes dari lain-lain kategori,” katanya.

Masidi turut menjelaska­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong, Nabawan yang dijadualka­n tamat pada 12 Mac 2021 akan dilanjutka­n sehingga 26 Mac 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutua­n.

Katanya, sehingga kini, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanak­an 674 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 81 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

“KKM mengesahka­n terdapat sejumlah 322 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan dan masih terdapat kes positif baharu dilaporkan dalam kalangan penduduk di lokaliti ini,” katanya.

 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia