Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan akademik dan keagamaan perlu seiring

Dapat menjamin masa depan seseorang lebih cerah, kata Ariffin

-

KUDAT: Pendidikan akademik dan keagamaan perlu seiring bagi menjamin masa depan generasi pelapis negara.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif, berkata dua aspek pendidikan yang seimbang dapat memastikan masa depan seseorang lebih cerah.

“Buat masa ini, kita melihat pembanguna­n institusi keagamaan tidak hanya tertumpu di sesebuah daerah, malah lebih ramai masyarakat berminat dan bersemanga­t dalam membangunk­an dunia pendidikan.

“Selain itu, pusat madrasah yang berdaftar di bawah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) juga memudahkan pemantauan, khidmat nasihat serta bantuan daripada aspek pengurusan.

“Usaha ini perlu diteruskan dan kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan penuh bagi inisiatif yang dilakukan individu, persatuan mahupun agensi dalam membangunk­an pendidikan di Sabah,” katanya dalam lawatan kerja ‘Walkabout Menteri TugasTugas Khas (Wam-2Care)’ ke Ibu Pejabat, Pejabat Pendidikan, Sekolah Agama Negeri dan Madrasah Tahfiz di sekitar Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, daerah kecil Matunggong serta Kudat, pada Khamis.

Tambah beliau, pendidikan akademik juga perlu menjadi sebahagian daripada pendidikan madrasah bagi melahirkan generasi tahfiz yang mempunyai kelulusan akademik seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan kelak.

Pada program berkenaan, Ariffin bersama rombongan Program Wam-2Care juga menyampaik­an sumbangan berbentuk cek, bakul makanan berserta naskhah al-Quran kepada individu serta agensi terlibat.

Siri lawatan itu turut disertai oleh MUIS, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), serta agensi media. — Penerangan

 ??  ?? SUMBANGAN: Ariffin (tiga kiri) mewakili Kerajaan Negeri dan MUIS menyampaik­an sumbangan berjumlah RM45,600 kepada Maahad Tahfiz Babus Salam, Kampung Narandang, Sikuati Kudat.
SUMBANGAN: Ariffin (tiga kiri) mewakili Kerajaan Negeri dan MUIS menyampaik­an sumbangan berjumlah RM45,600 kepada Maahad Tahfiz Babus Salam, Kampung Narandang, Sikuati Kudat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia