Utusan Borneo (Sabah)

Christina alu-alukan pengumuman Hamzah

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Pengumuman kerajaan untuk mengusir Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sabah sangat dialu-alukan.

Mantan Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk melaksanak­an perkara itu tanpa kompromi adalah satu perkara yang baik.

Katanya, rakyat Malaysia di Sabah mahu melihat satu usaha ketara dan tindakan tegas daripada Kerajaan Persekutua­n dalam menyelesai­kan isu berkenaan yang sudah lama membelengg­u negeri ini.

“Kita mengharapk­an pengumuman itu bukan hanya sekadar ‘janji’ sahaja, memandangk­an Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan tidak lama lagi.

“Kerajaan Pusat harus membuktika­n kejujuran mereka dalam membantu Sabah mengusir ribuan PTI ke negara asal mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, janji yang diberikan itu mesti dibuktikan dengan tindakan segera dan tegas demi kebaikan rakyat Sabah.

Christina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api berkata, pihaknya bimbang dengan perkembang­an yang didedahkan oleh Jabatan Perangkaan baru-baru ini menganggar­kan populasi di Sabah pada 2020 mencapai sejumlah 3.91 juta, termasuk lebih daripada satu juta orang bukan warganegar­a.

Katanya, berdasarka­n laporan media, PTI sering mengundang masalah sosial seperti jenayah, mereka juga dikatakan membawa penyakit seperti wabak AIDS, Hepatitis, Malaria dan Batuk Kering.

“Tidak dinafikan, masyarakat Sabah juga mempunyai penyakit ini, tetapi kadar penyebaran penyakit adalah tinggi dalam kalangan bukan warganegar­a berbanding dengan penduduk tempatan.

“Oleh itu, ini adalah satu cabaran besar tetapi bukan mustahil bagi mengawal jangkitan penyakit berkenaan dalam kalangan PTI kepada penduduk setempat, memandangk­an mereka (PTI) susah dijejaki,” katanya yang juga Ahli Parlimen Tawau.

Perkara yang penting katanya, adalah masyarakat tidak mampu mengawal penularan COVID-19 kecuali pihak berkuasa berkaitan melakukan tindakan segera bagi mengusir PTI dari negeri ini.

 ??  ?? CHRISTINA
CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia