Utusan Borneo (Sabah)

Nick Auddrey tubuhkan produksi muzik sendiri

-

KOTA KINABALU: Perkembang­an aliran muzik tempatan Sabah yang diwarnai dengan kepelbagai­an genre masing-masing bersaing secara sihat untuk mempromosi­kan hasil karya yang unik.

Nick Auddrey Nicholas atau lebih dikenali dengan nama komersial Nick yang juga merupakan gitaris Dominant 5 Band mengambil langkah berani dengan menceburka­n diri dalam bidang penerbitan serta menubuhkan produksi Odrey & Bern (O&B Production).

Penglibata­n unggul beliau sejak menuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan mengambil jurusan Pengajian Seni Muzik itu mengakui inisiatif drastik yang diambil olehnya setelah mengambil pandangan daripada semua pihak termasuk rakan pemuzik yang lain.

Idea awal tercetus apabila Nick menubuhkan produksi yang berperanan untuk memberikan peluang kepada pencipta dan penulis lirik lagu yang berbakat untuk menerbitka­n karya mereka langsung kepada peminat.

Menggalas tanggungja­wab sebagai seorang penerbit tidak dijadikan batu loncatan untuk terus bermegahme­gah dengan hasil karya sendiri, namun ia merupakan tanggungja­wab bagi seorang pemuzik untuk menghasilk­an lagu yang berimpak tinggi.

Nick mengakui sentiasa menanamkan nilai-nilai positif dalam diri di saat penggiat seni di luar sana sedang bekerja keras kerana kurangnya permintaan untuk persembaha­n secara bersemuka.

Usaha beliau dalam memastikan projek-projek yang tergendala atas dasar kesibukan dirangka secara sistematik sepanjang pandemik COVID-19 melanda.

“Kerjaya sebagai seorang pemuzik sepenuh masa turut menjejaska­n serba sedikit pendapatan pada awalnya, namun ia bukan alasan untuk saya terus mengeluh dan berputus asa.

“Saya telah merangka jadual untuk melaksanak­an projek-projek pembikinan lagu yang tergendala sejak beberapa tahun lalu dan saya sangat bersyukur kerana dapat melangsaik­an dengan jayanya,” katanya.

Kolaborati­f Nick dengan artis baharu Ted Kelvin Sudin kelahiran Telupid berjaya menerbitka­n sebuah lagu bergenre yang bertajuk ‘Cinta Yang Sejati’.

Meskipun hanya berinterak­si secara dalam talian sesama mereka, muzik yang digarap hanya mengambil masa lebih kurang lapan bulan untuk siap sepenuhnya.

Lagu ‘Cinta Yang Sejati’ mengisahka­n tentang rasa cinta antara pasangan dan saling melengkapi sesama sendiri dan kelainan yang dijanjikan dalam penghasila­n lagu ini adalah susunan muzik sejajar dengan permintaan dan perkembang­an arus muzik semasa.

Krew yang turut berperanan dalam memberikan idea yang bernas termasuk Benjoe dan Peter Peninting (pemain bass), Bern Souji (pemain dram) dan Nick sendiri tampil sebagai pemain gitar.

Langkah baharu yang tercipta membuatkan Nick lebih bekerja keras dan sentiasa mengaut ilmu berkaitan muzik agar karya muzik yang bakal dihasilkan oleh O&B Production berkualiti tinggi dan mampu berdaya saing di peringkat serantau.

Untuk mengikuti perkembang­an semasa Nick boleh mengikuti laman sosial Instagram: obmusic_87. — Artikel Sumbangan Mohd Afis Bin Ismail

 ??  ?? NICK AUDDREY
NICK AUDDREY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia