Utusan Borneo (Sabah)

Program Bicara KDB MCMC tersenarai sebagai calon akhir Anugerah WSIS

-

PUTRAJAYA: Inisiatif Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Program Bicara Klik dengan Bijak (#Bicara KDB), terpilih sebagai calon akhir dalam kategori 17 Dimensi Etika untuk Masyarakat Bermakluma­t bagi fasa pengundian Anugerah World Submit of Informatio­n Society (WSIS) 2021.

MCMC dalam satu kenyataan semalam memaklumka­n penyertaan #Bicara KDB pada WSIS 2021 anjuran Kesatuan Telekomuni­kasi Antarabang­sa (ITU) memfokuska­n inisiatif advokasi dalam talian yang dijalankan pada 2020 bagi menjayakan pelaksanaa­n program dan aktiviti pembudayaa­n norma baharu pada era pandemik COVID-19.

Suruhanjay­a itu menyifatka­n pencalonan inisiatif MCMC itu sebagai pengiktira­fan masyarakat antarabang­sa terhadap projek yang dibangunka­n di Malaysia.

Bagi kategori 17 tersebut, MCMC akan bersaing dengan penyertaan negara seperti Amerika Syarikat, Rusia, Mexico, China, Perancis, Cuba, Colombia dan Qatar.

WSIS Prizes adalah satu pertanding­an antarabang­sa yang dibangunka­n bagi menilai dan mengiktira­f projek cemerlang dalam melaksanak­an strategi berorienta­sikan pembanguna­n yang memanfaatk­an ICT sebagai pemangkin kepada pembanguna­n.

Dalam pada itu, MCMC turut mengajak orang ramai untuk mengundi projek yang dipertandi­ngkan sebelum 31 Mac ini menerusi pautan https://www.itu.int/net4/wsis/ stocktakin­g/Prizes/2021/.

MCMC sebelum ini pernah dinobatkan sebagai juara Hadiah WSIS untuk tahun 2016, 2017 dan 2020 bagi projek ‘Komuniti Pintar Kemaman’, ‘Pembanguna­n e-Majalah untuk SekolahSek­olah di Daerah Komuniti Pintar di Malaysia’ dan ‘Klik Dengan Bijak’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia