Utusan Borneo (Sabah)

Kilang pakaian terbakar di Mesir, 20 maut Seramai 24 lagi cedera, punca kejadian di bangunan empat tingkat itu masih disiasat

-

KANO: Beberapa kumpulan penjenayah telah membunuh seramai 31 orang dalam tiga serangan berasingan di barat laut dan tengah Nigeria, menurut penduduk tempatan kelmarin, dalam keganasan terbaharu di wilayah bergolak itu.

Pada Rabu lepas, penjahat yang menunggang motosikal menyerbu perkampung­an Damaga di barat laut wilayah Zamfara, membunuh penduduk dan mencuri ternakan ketika penduduk kampung melarikan diri dari serangan tembakan.

“Penjahat tersebut muncul pada kira-kira jam 1 petang waktu tempatan dan mula melepaskan tembakan secara rambang. Mereka telah membunuh 13 orang,” Ayuba Musa memberitah­u AFP.

“Mereka telah melarikan sejumlah besar lembu, kambing biri-biri dan kambing. Mereka malah tidak meninggalk­an ayam sekalipun,” tambah beliau.

Kejadian tembakan itu memaksa pelajar dari sebuah sekolah menengah di kampung itu meninggalk­an kelas kerana takut akan diculik, kata seorang lagi penduduk, Sahame Umar, yang memberikan angka yang sama.

Para mangsa telah dikebumika­n pada lewat Rabu lepas, menurut Musa, yang menghadiri upacara pengebumia­n.

Bahagian tengah dan barat laut negara itu telah semakin menjadi hab bagi kumpulan jenayah, pencuri lembu dan penculik yang menyerbu kampung, membunuh dan menculik penduduk selepas merompak dan membakar rumah.

Ketika kumpulan penjahat itu bertindak dengan motif kewangan dan tidak mempunyai panduan ideologi, terdapat kebimbanga­n yang berkembang bahawa mereka mungkin terpengaru­h dengan pelampau dari timur laut, yang telah melancarka­n pemberonta­kan sejak lebih satu dekad bagi membentuk sebuah negara Islam.

Pada awal Rabu, kumpulan penjahat telah menceroboh kampung Osewu di tengah wilayah Nasarawa pada kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan.

“Penjahat menggunaka­n parang untuk menyerang dan membunuh 17 orang, termasuk ketua kami,” seorang penduduk Idris Habibu memberitah­u AFP.

Beliau menyatakan penyerang muncul dalam “jumlah yang ramai”, meninggalk­an anggota sukarelawa­n tempatan dalam keadaan tidak berdaya.

Seorang lagi penduduk, Abdullahi Omeiza, berkata penyerang telah menggunaka­n parang untuk membunuh di sebalik bersenjata­kan senapang.

Pada Selasa lepas, kumpulan penjayah telah membunuh seorang dan mencederak­an 18 lagi ketika mereka menawan kampung Kapana di tengah negara Niger, kata anggota perundanga­n tempatan Andrew Danjuma Jagaba. — AFP

KAHERAH: Sekurangku­rangnya 20 orang maut dan 24 yang lain cedera kelmarin dalam kebakaran di sebuah kilang pakaian di timur pinggir ibu negeri Mesir, Kaherah, sumber keselamata­n dan perubatan memberitah­u AFP.

Sebanyak 12 kereta bomba dikerahkan untuk memadamkan kebakaran besar ketika asap berkepul-kepul keluar dari kawasan perindustr­ian dikenali sebagai Al-Obour, dengan punca kejadian masih belum diketahui.

Pendakwa raya negeri telah menugaskan satu pasukan untuk menyiasat kebakaran di kilang empat tingkat itu, tambah sumber tersebut.

Seorang mangsa terselamat yang mengalami melecur sehingga 25 peratus pada badannya menyatakan beliau nyaris lemas akibat terhidu asap semasa cuba menyelamat­kan diri dari kebakaran itu.

“Saya bersama dengan dua gadis dan seorang pemuda yang saya telah tolak supaya mereka dapat mengelak kebakaran tersebut,” kata Mahmoud Mohamed, dipetik oleh akhbar Al Youm al-Sabea.

“Saya membawa mereka keluar, berlari semasa api sedang membakar badan saya,” kata pemuda yang telah bekerja di kilang itu selama setahun.

Awan asap yang gelap memenuhi ruang udara di jalan tersebut, memaksa mereka yang lalu-lalang untuk menutup muka dengan kain bagi mengelakka­n debu asap.

Kesatuan tekstil Mesir, dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n kemudian, memberikan penghormat­an kepada pekerja kilang yang terbunuh dan tercedera semasa kebakaran itu.

“Negara paling ramai penduduk di dunia Arab itu mencatatka­n satu siri kebakaran sejak beberapa tahun lepas, ketika bangunan-bangunan tidak kemas telah dibina tanpa memenuhi standard keselamata­n sewaktu lohong keselamata­n yang berlaku selepas revolusi 2011.

Pada bulan lepas, kebakaran di sebuah gudang kasut tidak berlesen di bandar berkembar negara tersebut Giza telah memusnahka­n sebuah bangunan 13 tingkat yang memandang ke arah sebatang lebuh raya utama. Penghuniny­a telah diarahkan keluar dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pada Mei 2020, satu lagi kebakaran di sebuah kilang tilam di kawasan perindustr­ian yang sama berlaku dengan tiada kehilangan nyawa dilaporkan pada masa tersebut.

Pada tahun yang sama juga, satu kebakaran berlaku berhampira­n dengan sebatang lebuh raya sibuk Kaherah ketika kebocoran dari saluran paip minyak telah dibakar oleh kereta yang melalui jalan tersebut menyebabka­n 17 orang tercedera.

Setahun sebelumnya, sekurang-kurangnya 10 orang terkorban apabila sebuah tangki bahan kimia meletup di sebuah kilang fosfat di pelabuhan Ain Sokhna di Laut Merah. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERBAKAR: Anggota bomba bertindak untuk memadamkan kebakaran di kilang pakaian di pinggir Kaherah kelmarin.
— Gambar AFP TERBAKAR: Anggota bomba bertindak untuk memadamkan kebakaran di kilang pakaian di pinggir Kaherah kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia