Utusan Borneo (Sabah)

95 peratus anggota, pegawai PDRM sedia terima vaksin COVID-19: KPN Kira-kira tiga peratus pula tidak dapat menerima vaksin itu kerana masalah kesihatan

-

ALOR SETAR: Dua kilang memproses kayu di Jalan Batu 5, Kuala Ketil dekat Baling, musnah hampir 70 peratus akibat kebakaran yang berlaku sejak petang kelmarin dan hingga tengah hari semalam kerja-kerja pemadaman masih berlangsun­g.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.53 petang dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 12 minit kemudian.

“Sebaik tiba, didapati dua kilang sedang terbakar dengan keadaan api marak dan besar,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, setakat pagi semalam, kerja pemadaman melibatkan kebakaran material dalaman bangunan.

“Setakat ini, kerja-kerja pemadaman kebakaran telah berlangsun­g kira-kira 19 jam,” katanya, menambah tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya, operasi melibatkan 25 anggota bomba selain dibantu pihak Tenaga Nasional Berhad, polis dan pengurusan estet. — Bernama

IPOH: Kira-kira 95 peratus anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara bersedia menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, kira-kira tiga peratus pula tidak dapat menerima vaksin itu kerana masalah kesihatan.

“Yang tidak mahu mengambil vaksin (kerana kesihatan) ini ada di beberapa negeri antaranya Kelantan, Kedah dan Perak. Saya juga akan berusaha menerangka­n (kepada baki dua peratus lagi) tentang kebaikan kerana kita ambil pandangan daripada Kementeria­n Kesihatan.

“Itulah tempat rujukan. Bukan bomoh, pendeta, guru ajaran sesat. Kalau saya tahu mereka ikut ajaran sesat, saya suruh mereka keluar daripada PDRM,” katanya yang ditemui pemberita selepas majlis pemakaian sayap juruterban­g dan penutupan kursus lesen juruterban­g peribadi di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara, di sini semalam.

Abdul Hamid berkata demikian ketika ditanya mengenai segelintir pegawai dan anggota PDRM di Kelantan yang dilaporkan enggan menerima suntikan vaksin COVID-19.

Mengulas isu kompaun RM10,000 terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard COVID-19,

Abdul Hamid menjelaska­n tindakan itu diambil demi keselamata­n orang ramai.

“Semalam viral satu notis kompaun ditulis RM10,000. Kesalahan individu itu ialah gagal mendaftar MySejahter­a. Peraturan itu dibuat dan dilaksanak­an demi keselamata­n orang yang berkunjung ke tempat itu. Jika mana-mana individu tidak mengikut peraturan, ia membawa risiko yang besar kepada lainlain pengunjung di premis tersebut.

“Saya sudah jelaskan, mana-mana tindakan ialah atas budi bicara pegawai yang diberi kuasa untuk kompaun RM10,000, RM1,000, RM50 atau dimaafkan. Begitu juga saman trafik. Kita ada ruang untuk penjelasan dan justifikas­i. Boleh merayu.

“Jangan khuatir mengenai RM10,000 ini, tetapi khuatirlah jika dijangkiti COVID19. Kompaun RM10,000 itu juga untuk pencegahan. Balik-balik muka yang sama atau premis yang sama buat kesilapan,” katanya.

Kelmarin tular menerusi media sosial mengenai seorang lelaki dikompaun RM10,000 kerana gagal mengimbas kod MySejahter­a mahupun mendaftar secara manual di sebuah restoran di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dalam perkembang­an lain, Abdul Hamid berkata pewartaan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021 yang berkuat kuasa semalam akan memudahkan polis bertindak terhadap penyebar berita palsu berkaitan COVID-19 dan Proklamasi Darurat.

Jelasnya, sebelum ini polis perlu mendapatka­n perintah untuk siasat (OTI) daripada pejabat pendakwa raya yang kadangkala memakan masa selama seminggu sehingga menyukarka­n penguatkua­saan dan tindakan segera dilakukan.

Yang tidak mahu mengambil vaksin (kerana kesihatan) ini ada di beberapa negeri antaranya Kelantan, Kedah dan Perak. Saya juga akan berusaha menerangka­n (kepada baki dua peratus lagi) tentang kebaikan kerana kita ambil pandangan daripada Kementeria­n Kesihatan.

“Untuk mendapatka­n OTI bukan lima minit, tetapi makan masa seminggu. Kini kita boleh ambil tindakan terus kepada pesalah, sekali gus menyekat penyebaran berita palsu yang boleh mencetuska­n ketidaksen­angan hati, kegusaran dan kegemparan umum,” katanya.

Berdasarka­n e-Federal Gazette yang dikeluarka­n kelmarin, mana-mana individu yang menyebarka­n berita tidak benar mengenai COVID-19 dan Proklamasi Darurat akan dikenakan denda hingga RM100,000 atau dipenjarak­an.

Ordinan tersebut diwartakan kelmarin dan berkuat kuasa semalam.

Terdahulu pada majlis tersebut, seramai sembilan pegawai polis dipakaikan Sayap Juruterban­g PDRM. — Bernama

 ??  ?? TAHNIAH: Abdul Hamid (kanan) menyampaik­an anugerah Kategori Terbaik Keseluruha­n kepada Insp. Jonathan Mok Chen Chong (kiri) pada majlis pemakaian sayap juruterban­g dan penutupan rasmi kursus‘Private Pilot License’ No 18 Siri 1/2019 di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara, Ipoh semalam.
TAHNIAH: Abdul Hamid (kanan) menyampaik­an anugerah Kategori Terbaik Keseluruha­n kepada Insp. Jonathan Mok Chen Chong (kiri) pada majlis pemakaian sayap juruterban­g dan penutupan rasmi kursus‘Private Pilot License’ No 18 Siri 1/2019 di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara, Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia