Utusan Borneo (Sabah)

KPN sahkan pegawai JSJK Pulau Pinang lepaskan suspek ‘Macau Scam’

-

KUANTAN: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memperuntu­kkan RM3.8 juta untuk bantuan set pakaian seragam sekolah kepada murid Orang Asli bermula tahun ini hingga 2023.

KPLB menerusi kenyataan media di sini semalam memaklumka­n bantuan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif mengurangk­an peratus keciciran murid Orang Asli dan menggalakk­an mereka ke sekolah.

“Sehingga kini, sebanyak 7,494 set bantuan persekolah­an telah disampaika­n oleh JAKOA di seluruh negara dengan 2,629 daripadany­a disalurkan di Pahang.

“Selain bantuan seragam sekolah, KPLB juga menyediaka­n bantuan lain seperti pengangkut­an dan bantuan wang saku dalam memastikan masyarakat Orang Asli mendapat pendidikan sempurna,” menurut kenyataan itu.

Majlis penyerahan bantuan itu turut berlangsun­g di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kechau 1 di Kuala Lipis, kira-kira 270 kilometer dari sini, oleh Timbalan Menteri

I KPLB Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yang juga Ahli Parlimen Lipis.

KPLB juga berharap inisiatif yang dilakukan kementeria­n bagi membantu masyarakat Orang Asli dapat membantu melahirkan generasi baharu yang bakal menjadi pemimpin, seterusnya menyumbang tenaga dan bakti kepada masyarakat tersebut dan negara. — Bernama

IPOH: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador semalam mengesahka­n seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang telah melepaskan suspek yang terlibat dengan sindiket ‘Macau Scam’ di negeri itu.

Beliau berkata, perkara itu dikesan hasil siasatan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

“Kita sedang ambil tindakan drastik kerana ini terang-terangan satu pengkhiana­tan kepada amanat yang telah saya berikan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian sayap juruterban­g dan penutupan kursus Lesen Juruterban­g Persendiri­an di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara, di sini semalam.

Ditanya sama ada pegawai terbabit dikenakan tindakan tatatertib, Abdu Hamid berkata: “Saya tidak lagi cenderung kepada tindakan tatatertib kerana hukumannya tidak setimpal. Paling tinggi pun lucut hak emolumenny­a tujuh hari. Untuk buang kerja, turun pangkat, itu kuasa Suruhanjay­a Pasukan Polis (SPP).”

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan ada pegawai polis di Pulau Pinang bertindak melepaskan suspek ‘Macau Scam’.

Kelmarin, Abdul Hamid dilaporkan berkata, kes 31 anggota yang sebelum ini dikenal pasti terbabit dalam kegiatan ‘Macau Scam’ diserahkan kepada SPP. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia