Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin setempat boleh kemuka permohonan jika berasa ada keperluan: Nanta

- Oleh Jessica Jawing

MIRI: Dua lelaki masingmasi­ng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan dengan sengaja mencederak­an seorang lelaki warga emas.

Eddie Simon dari Jalan Krokop dan Patrick Sunny Badeul dari Rumah Juan Batu 69, Jalan Miri-Bintulu telah didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman tersebut.

Berdasarka­n pertuduhan kes, kedua-dua tertuduh telah dituduh dengan sengaja mendatangk­an kecederaan ke atas Joseph Nyandang Kumbang, 55, menggunaka­n batu, batang aluminium dan batang penyapu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama pada jam 1.30 petang, 8 Februari lalu di Rumah Ani, Simpang BLD Niah.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 April depan untuk pengurusan kes di Mahkamah Majistret Batu Niah.

Manakala kedua-dua tertuduh diperintah­kan dibebas dengan jaminan RM2,000 berserta dua penjamin tempatan setiap seorang sementara menunggu tarikh tersebut.

Sementara dalam kes berkaitan, mahkamah turut menetapkan 26 April depan untuk pengurusan kes seorang lelaki warga emas yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederak­an tertuduh pertama (Eddie) dalam kes di atas dan seorang wanita warga emas.

Manakala tertuduh, Joseph Nyandang Kumbang, 55, dari Taman Desa Damai, Jalan Sebiew, Bintulu dibenarkan dibebas dengan jaminan RM2,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh dengan sengaja menyebabka­n kecederaan ke atas Eddie Simon di bahagian lengan kiri menggunaka­n batang penyapu.

Selain itu, Joseph juga dituduh dengan sengaja mencederak­an Lebah Tandoh, 58, di bahagian bibir menggunaka­n senjata yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 1.40 petang, 8 Februari lalu di Rumah Ani Juan, Batu 69 Jalan MiriBintul­u.

Pendakwaan dilakukan oleh tiga Timbalan Pendakwa Raya (TPR) terdiri daripada Mohd Fillany Siji, Rishan Kumar Ragandaran dan Muhammad Nor Sollihin Salleh.

Manakala Eddie dan Patrick diwakili peguam bela Johnathan Bedindang dan Joseph diwakili Sam Laya.

SERIAN: Pemimpin setempat yang berasakan ada keperluan untuk menubuhkan pejabat SubCawanga­n Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di kawasan mereka boleh membuat permohonan.

Menterinya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, bagaimanap­un permohonan berkenaan akan dipertimba­ngkan berdasarka­n keperluan sesuatu tempat.

“Di Sarawak ini kita akan melihat jika ada tempat lain yang boleh kita pertimbang­kan untuk membuka cawangan tetapi buat masa sekarang, cawangan kita memadai.

“Namun, kita menyedari untuk menubuhkan cawangan pejabat amat penting lebih-lebih lagi dalam masa kita berhadapan wabak COVID-19, di mana insiden pembelian panik, harga barangan dinaikkan tidak berpatutan disebabkan gangguan bekalan, mungkin boleh berlaku.

“Maka itu kita mahu membuka banyak lagi cawangan untuk membantu kita memantau dan kita berharap pemimpin atau wakil rakyat setempat boleh mengemukak­an permohonan pejabat cawangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan ke pejabat subcawanga­n KPDNHEP Serian yang dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu yang juga Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Datuk Amar Michael Manyin Jawong di sini, semalam.

Tambah Nanta, permohonan menubuhkan pejabat subcawanga­n di Serian itu telah dikemukaka­n wakil rakyatnya, iaitu Manyin dan ADUN Kedup Martin Ben semasa lawatan beliau ke Serian pada tahun lepas.

Katanya, wakil rakyat berkenaan mengemukak­an permohonan terbabit kerana terdapat keperluan memandangk­an Serian bukan sahaja membangun, tetapi kedudukann­ya yang strategik berdekatan sempadan serta menjadi pusat laluan dari Kuching ke bandar lain di negeri ini.

“Selain itu, komuniti perniagaan di Serian juga besar dan kami KPDNHEP di Putrajaya meneliti permohonan ini dan mendapati memang terdapat keperluan untuk menubuhkan cawangan pejabat,” katanya sambil memberitah­u SubCawanga­n Serian berkenaan telah beroperasi pada 20 Ogos 2020 dan mempunyai lima anggota.

Nanta berkata selain Serian, KPDNHEP mempunyai dua lagi Sub-Cawangan iaitu di Betong dan Lawas.

Katanya, Sub-Cawangan

Betong juga beroperasi pada Ogos 2020 dan penubuhann­ya turut berdasarka­n permohonan pemimpin serta wakil rakyat setempatny­a.

“Kita sebenarnya tidak merancang spesifik di mana tempat untuk kita menubuhkan­nya tetapi ia bergantung kepada keperluan.

“Kita menerima maklum balas atau permohonan jika ada terdapat keperluan cawangan dibuka di tempat tertentu,” kata Ahli Parlimen Kapit itu.

Selain Sub-Cawangan, KPDNHEP juga mempunyai sembilan cawangan di seluruh negeri.

Hadir sama Residen Serian Tuah Suni dan Pengarah KPNDHEP Sarawak Datuk Stanley Tan.

TERBAIK: Nanta (depan tengah) bersama yang lain merakamkan kenangan di hadapan premis Sub-Cawangan KPDNHEP Serian, semalam. Di Sarawak ini kita akan melihat jika ada tempat lain yang boleh kita pertimbang­kan untuk membuka cawangan tetapi buat masa sekarang, cawangan kita memadai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia