Utusan Borneo (Sabah)

Dapat vaksin , mungkin syarat baharu lesen perniagaan di Melaka

-

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka kemungkina­n mewajibkan peniaga di negeri itu mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19 sebagai satu salah syarat permohonan mendapatka­n lesen perniagaan pada masa depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, golongan peniaga perlu mendaftar melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan serta memeriksa status pendaftara­n mereka menerusi aplikasi MySejahter­a.

Selain itu, katanya, Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Penyelaras­an Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) dan Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK) diminta membantu golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) khususnya mereka yang tidak mempunyai akses kepada telefon pintar atau kemudahan Internet untuk mendaftar bagi mendapatka­n vaksin tersebut.

“Usaha itu bagi memudahkan proses pendaftara­n vaksinasi bagi golongan berkenaan sekali gus memastikan kira-kira 701,000 penduduk Melaka berusia 18 tahun dan ke atas yang layak menerima vaksin COVID-19 tidak tercicir,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat Exco di sini kelmarin.

Sementara itu, sehingga kelmarin, sebanyak 24 peratus atau 170,743 daripada keseluruha­n 701,000 orang yang layak menerima vaksin di Melaka telah berdaftar melalui MySejahter­a. — Bernama

KUALA LUMPUR: Sebanyak 330 notis kompaun RM10,000 telah dikeluarka­n kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara setakat ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“Ya, 330 individu untuk notis kompaun pesalah SOP PKP,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Kelmarin, Abdul Hamid berkata nilai kompaun kerana melanggar SOP PKP dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 dan langkah

“Ya, 330 individu untuk notis kompaun pesalah SOP PKP.

itu berikutan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan mulai 11 Mac.

Abdul Hamid berkata, keputusan menaikkan nilai kompaun itu bukanlah untuk menghukum orang ramai secara berlebihan atau membolehka­n kerajaan mengutip wang daripada orang ramai sebaliknya untuk individu yang mengulangi kesalahan SOP PKP sama.

Antara kesalahan SOP PKP adalah seperti tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal atau premis tidak menyediaka­n alat pengukur suhu.

Sementara itu, seorang individu dikenakan kompaun RM10,000 selepas melakukan kesalahan tidak mendaftark­an diri menggunaka­n aplikasi MySejahter­a ketika berada di sebuah kedai makan di Bukit Jalil, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pemeriksaa­n mendapati individu terbabit juga tidak mendaftar diri dalam buku daftar disediakan pekedai sehingga tindakan kompaun dikenakan mengikut peruntukan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

“Kompaun itu dikeluarka­n semasa pasukan pematuhan SOP PKP membuat pemeriksaa­n di lokasi berkenaan pada 6.55 petang.

“Ingin ditegaskan (dakwaan) kononnya individu dikompauni­tutelahmen­daftar diri melalui mana-mana saluran, aplikasi atau mendaftar diri di dalam buku daftar yang disediakan oleh pekedai adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, tular di media sosial seorang individu dikenakan kompaun susulan tidak mendaftar diri menerusi aplikasi MySejahter­a dalam tempoh pelaksanaa­n PKP Bersyarat (PKPB). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia