Utusan Borneo (Sabah)

Permaisuri Johor yakin kurniaan komputer riba bantu lancarkan pembelajar­an pelajar

-

JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah yakin para pelajar yang menerima bantuan komputer riba di negeri itu dapat memanfaatk­an kurniaan berkenaan sebaik mungkin.

Menerusi hantaran pada laman Facebook The Royal Johor, Raja Zarith Sofiah yang juga Pengerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor menzahirka­n rasa prihatin berkenaan isu-isu dan cabaran semasa pendidikan termasuk proses Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR).

Baginda juga amat memahami cabaran ekonomi semasa serta beban yang ditanggung golongan ibu bapa sekali gus berkenan agar dikurniaka­n komputer riba kepada pelajar-pelajar berpotensi tinggi daripada keluarga B40 yang tersenarai dalam eKasih daerah Johor Bahru.

“Saya amat berharap kurniaan komputer riba ini dapat membantu melancarka­n proses pembelajar­an baik di rumah mahupun di sekolah demi meraih kecemerlan­gan akademik untuk masa depan yang lebih cerah,” titah Permaisuri Johor kepada Royal Press Office, iaitu Pejabat Media dan Komunikasi rasmi Keluarga Diraja Johor, menerusi hantaran berkenaan.

Menurut hantaran terbabit, pada 3 Februari lepas, sebanyak 53 komputer riba diagihkan di bawah fasa pertama hasil perbincang­an dengan pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Jabatan Pendidikan Negeri Johor serta Yayasan Raja Zarith Sofiah

Negeri Johor.

Fasa kedua yang memanfaatk­an 100 penerima pula dimulakan pada 24 Februari lepas, melibatkan pelajar pelbagai bangsa daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sultan Ibrahim, SMK Taman Tun Aminah, SMK Dato’ Penggawa Timur, SMK Taman Universiti 1 serta beberapa sekolah lain di daerah ini.

Menurut hantaran tersebut, pihak Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor turut mengambil kesempatan merakamkan penghargaa­n kepada beberapa badan korporat yang menyumbang bagi menjayakan usaha murni berkenaan demi memastikan kelancaran proses pembelajar­an para penerima pada waktu penularan pandemik ini. — Bernama

 ??  ?? AIR SUSUT: Takungan air di Empangan Teluk Bahang, George Town (gambar) susut dari 58.7 peratus pada 1 Januari lepas kepada 56.7 peratus semalam berikutan cuaca panas yang melanda di negara ini.
AIR SUSUT: Takungan air di Empangan Teluk Bahang, George Town (gambar) susut dari 58.7 peratus pada 1 Januari lepas kepada 56.7 peratus semalam berikutan cuaca panas yang melanda di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia