Utusan Borneo (Sabah)

Soto, Llanez disenaraik­an untuk pasukan pemilihan Olimpik AS

-

WASHINGTON: Sebastian Soto dari pasukan Norwich City dan pemain penyerang remaja Ulysses Llanez dari Heerenveen, antara 20 orang pemain yang disenaraik­an untuk mewakili pasukan pemilihan Olimpik Amerika

Syarikat (AS).

Barisan bawah 23 tahun itu dibimbing oleh jurulatih AS Jason Kreis, yang ratarata berasal dari 28 pasukan Liga Bola Sepak Major, akan bersaing untuk tempat ke Olimpik Tokyo dari 18-30 Mac di Guadalajar­a, Mexico.

Perlawanan itu akan menyaksika­n lapan pasukan dalam dua kumpulan empat dan dua pemenang setiap peringkat akan mara ke separuh akhir, dan juara akan mara ke Tokyo.

Lelaki AS yang tidak bermain di Olimpik sejak 2008, berada dalam kumpulan A dengan Costa Rica, Dominican Republic dan Mexico.

“Kami tahu untuk mara merupakan satu cabaran, namun kami telah bersedia menghadapi cabaran itu,” kata Kreis.

“Kami perlu kerjasama penuh kumpulan ini untuk mendapatka­n gol kelayakan ke Olimpik.”

Kejohanan kelayakan Olimpik Amerika Utara itu telah tertunda sejak Mac 2020 ekoran pandemik COVID19.

Soto, 20, telah dipanggil semula ke Norwich selepas menjaringk­an tujuh gol dalam 12 perlawanan ketika menjadi pemain pinjaman Belanda Telstar, manakala Llanez, 19, dipinjamka­n dari skuad Jerman VfL Wolfsburg.

Pemain lain termasuk Johnny Cardoso pemain tengah dari Brazil's Internacio­nal, dan Sebastian Saucedo dari Mexico's Pumas.

Perlawanan itu merupakan permainan rasmi pertama dalam skuad AS buat dua pemain itu, FC Dallas meminjamka­n Jesus Ferreira yang telah menjadi warga AS pada 2019, dan pemain tengah Orlando City, Andres Perea.

Mereka ialah antara enam pemain AS yang turun padang untuk perlawanan 7-0 AS menyingkir­kan Trinidad dan Tobago pada Januari, menyaksika­n Ferreira dan Jonathan Lewis meraih gol kebangsaan pertama mereka. — AFP

 ??  ?? MESSI
MESSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia