Utusan Borneo (Sabah)

Sabah FC perlu manfaat kelebihan bermain di gelanggang sendiri

-

KOTA KINABALU: Sabah FC yang akan melayan kunjungan PJ City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas Sabtu ini (malam ini) perlu memanfaatk­an kelebihan beraksi di halaman sendiri.

Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin berharap pemain-pemain supaya menggunaka­n kelebihan itu sebaik mungkin.

Katanya, selepas mengalami kekalahan 0-2 kepada KDA FC di tempat lawan, giliran Sabah FC untuk memanfaatk­an sepenuhnya kelebihan beraksi di tempat sendiri bagi mengutip mata penuh.

"Pasukan kita perlu bangkit dan menggunaka­n peluang itu untuk mendapatka­n mata," katanya ditemui di pejabatnya di sini kelmarin.

Sebelum itu, Bung menerima set jersi yang digunakan oleh pasukan Sabah FC bagi musim ini daripada pengurus pasukanya, Ahmad Marzuki Nasir.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata, pemain-pemain seharusnya menggunaka­n kelebihan bermain di tempat sendiri dan melupakan kekalahan dengan pasukan KDA FC.

"Lupakan kekalahan itu dan jangan lemah semangat menghadapi lawan. Perbaiki bahagian yang ada kelemahan dan terus berusaha untuk memburu kemenangan. Bermain di gelanggang sendiri memberi kelebihan kepada pasukan kita," katanya

Sabah FC ketika ini mengutip satu mata hasil keputusan seri 1-1 dengan pasukan Melaka United selepas mengharung­i dua perlawanan.

Perlawanan ketiga di halaman sendiri di samping beberapa pemain import yang besar kemungkina­n dapat diturunkan dalam perlawanan Sabtu ini sudah tentu memberi kelebihan kepada Sabah FC.

Bagaimanap­un, ia bergantung dengan semangat juang dalam kalangan pemainpema­in tuan rumah untuk menggunaka­n peluang yang ada sepenuhnya.

Sementara itu, Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya meminta peminatpem­inat bolasepak di negeri ini membantu dengan membeli merchandis­e sebagai tanda sokongan kepada kelab Sabah FC.

Menurut beliau, pastikan mereka membeli yang asli dan bukan tiruan.

"Bantu pasukan Sabah FC untuk mencapai kejayaan," katanya.

 ??  ?? TERIMA: Bung Moktar menerima jersi digunakan Sabah FC daripada pengurus pasukan Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir di pejabatnya.
TERIMA: Bung Moktar menerima jersi digunakan Sabah FC daripada pengurus pasukan Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir di pejabatnya.
 ??  ?? AKUR: Aksi Federer semasa menentang Basilashvi­li pada Terbuka Qatar di Doha.
AKUR: Aksi Federer semasa menentang Basilashvi­li pada Terbuka Qatar di Doha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia