Utusan Borneo (Sabah)

Sabah FC diperkuat import baharu

Intai kemenangan pertama saingan Liga Super 2021 tatkala melayan PJ City FC di Likas malam ini

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Sabah FC dijangka dapat tambahan tenaga import baharunya dalam pemburuan kemenangan pertama saingan Liga Super 2021 menentang PJ City FC di Stadium Likas, di sinii malam ini.

Empat import baharunya iaitu pemain sayap kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani; pemain tengah kebangsaan Gabon, Levy Clement Madinda; Penyerang dari Liberia, Sam Johnson dan pertahanan dari Macedonia, Risto Mitrevski telah menamatkan kuarantin wajib untuk boleh disenaraik­an.

Dijangka hampir pasti akan diturunkan ialah Saddil, Levy dan Risto yang sudah berlatih taktikal bersama pasukan sejak dua hari lalu manakala Sam baru menamatkan tempoh kuarantinn­ya semalam.

Ristro dan seorang lagi import sedia ada, Park Tae Su dijangka akan mengukuhka­n barisan pertahanan bersama ketua pasukan Rawilson Batuil dan Mafry Balang atau Randy Robson.

Levy dan Saddil pula dijangka akan memantapka­n jentera tengah dan sayap bersama Mohd Amri Yahyah, Alto Linus dan Hamran Peter manakala Bobby Gonzales akan terus jadi sandaran mengemudi serangan.

Skuad kendalian Kurniawan Dwi Yulianto itu perlukan kemenangan selepas hanya membawa balik satu mata dari dua perlawanan pertamanya di tempat lawan sebelum ini.

Sabah FC memulakan cabaran dengan keputusan seri 1-1 dengan Melaka United manakala kecundang 0-2 di tangan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada perlawanan kedua.

Malam ini dianggap peluang untuk Sabah FC mendapatka­n tiga mata penuh terutama dengan adanya tambahan tenaga import baharu selain kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

Kemenangan juga diperlukan bagi memastikan kedudukan Sabah FC di kelompok tercorot sekarang tidak terus dijarakkan dari pasukan di atasnya.

Sambil itu, PJ City juga tidak menggunaka­n khidmat pemain import musim ini. Bagaimanap­un mereka dibarisi beberapa pemain tempatan berpengala­man dan belum kalah dengan mencatat keptususan seri kedua-dua perlawanan­nya sebelum ini.

 ??  ??
 ??  ?? SADDIL
SADDIL
 ??  ??
 ??  ?? BARU: Levy (kiri) dan Risto dijangka akan membuat penampilan untuk Sabah FC malam ini.
BARU: Levy (kiri) dan Risto dijangka akan membuat penampilan untuk Sabah FC malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia