Utusan Borneo (Sabah)

Program ‘Outreach Info On Wheels’ JaPen Ranau sukses

-

RANAU: Jabatan Penerangan (JaPen) daerah ini, berjaya melaksanak­an program ‘Outreach Info On Wheels’ (Hebahan Bergerak) di dua kawasan iaitu di Pekan Ranau dan Pasar Besar Pekan Ranau sebagai lokasi menganjurk­an pelbagai aktiviti termasuk memberi makluman kepada awam tentang kepentinga­n pematuhan SOP yang ditetapkan kerajaan dan keperluan mendaftar untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Menerusi program itu, pihak JaPen membuat hebahan berhubung dasar kerajaan secara terus kepada rakyat terutama sekali pada waktu pandemik COVID-19 ini selain menyediaka­n pelbagai risalah bahan bacaan umum berkaitan peranan dan keperluan masyarakat menerima suntikan vaksin COVID-19.

Sempena program yang dijalankan secara santai itu, para kakitangan JaPen turut membantu mereka yang tidak mempunyai akses kepada aplikasi MySejahter­a untuk mendaftar secara dalam talian melalui laman sesawang vaksincovi­d. gov.vom.untuk mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19 mengikut fasa yang ditetapkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Pihak JaPen Ranau menetapkan lebih 40 lokasi untuk melaksanak­an program ‘Outreach Info On Wheels’ itu sepanjang bulan Mac-April, 2021.

Pegawai JaPen daerah Ranau, Kenny Thomas ketika ditemui berkata, melalui program itu pihak JaPen juga memberi penjelasan secara bersemuka untuk memberi maklumat serta segala keraguan dan persoalan dengan suntikan Vaksin yang diberikan secara percuma kepada rakyat.

Kenny mengharapk­an masyarakat Ranau khususnya penduduk di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, Karanaan dan Paginatan, agar lebih ramai tampil mendaftar menerima suntikan vaksin COVID-19 mendahului penduduk daerah lain.

“Kita mahu daerah Ranau ‘No.1’ lebih ramai jumlah mendaftar mendahului daerah lain di Sabah,” jelas Kenny dengan penuh harapan.

Hadir sama dan memberi saranan, nasihat dan penjelasan berhubung kepentinga­n awam untuk di vaksinasi COVID-19 ialah, Pegawai Kesihatan Jabatan Kesihatan Ranau, Dr.Wong Yoke Kong dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitar­an Pejabat Kesihatan daerah Ranau, Norazirah Binti Aji.

Turut hadir Pembantu JaPen Ranau, Municca KiatdanMoh­d.AsrafAslan bersama Juruteknik JaPen Ranau, Shah Ezwan Rosli serta lima Jawatankua­sa Keselamata­n Dalam Bandar (JKDB), Pekan Ranau, diketuai Pengerusin­ya, Tan Eng Sing.

 ??  ?? HADIR: Tan Eng (empat kanan), Dr.Wong (tengah), Kenny (empat kiri), Norazirah (tiga kiri) bersama Jawatankua­sa JKDB yang lain.
HADIR: Tan Eng (empat kanan), Dr.Wong (tengah), Kenny (empat kiri), Norazirah (tiga kiri) bersama Jawatankua­sa JKDB yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia