Utusan Borneo (Sabah)

Perkasakan MAN untuk manfaat pembanguna­n masyarakat Tungku

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Peranan Mahkamah Anak Negeri (MAN) perlu diperkasa selaras dengan fungsinya mentadbir undang-undang adat di Sabah.

Ketua Daerah Tungku, Mohamed Nuron berkata melalui tadbir urus yang bertepatan, MAN akan mampu menjadi institusi yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan pembanguna­n Tungku.

“Untuk lebih mudah mencapai matlamat memperkasa­kan MAN, kerjasama antara ketua-ketua masyarakat di Tungku diperlukan.

“Ini kerana bukan mudah untuk membentuk dan melestarik­an modal insan sesuatu kaum tetapi kita perlu bersatu memberikan kerjasama yang diperlukan,” katanya di sini, semalam.

Mohamed berkata, kesedaran masyarakan juga perlu dipertingk­atkan dengan mendapatka­n pendedahan maklumat melalui penggunaan teknologi dalam talian.

Katanya, teknologi maklumat yang memudahkan komunikasi serta pencarian maklumat memberi peluang kepada masyarakat menimba ilmu pengetahua­n tanpa sempadan masa dan lokasi.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Kampung (Kg) Bakapit, Tungku bersama kakitangan MAN.

Mohamed dan rombongan turut meluangkan masa membuat kunjungan ke Pos Tentera dan Pos PGA Kg Bakapit bagi menjalin kolaborati­f dengan pasukan keselamata­n seterusnya untuk menyalurka­n maklumat penting agar penguatkua­saan dapat dijalankan dengan lebih mudah dan berkesan.

Beliau turut membuat tinjauan persempada­nan warta tanah Kg Bakapit untuk menyelesai­kan isu pertikaian persempada­nan penduduk kampung itu.

Turut serta dalam lawatan itu, Ketua Anak Negeri Tungku Kamarudin Hamid.

 ??  ?? KENANGAN: Mohamed (empat kiri) bersama rombongan dan pegawai ketika melawat pos keselamata­n.
KENANGAN: Mohamed (empat kiri) bersama rombongan dan pegawai ketika melawat pos keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia