Penjaja Sri Tanjung Binaong-Baginda gembira terima bantuan
KENINGAU: Penjaja Sri Tanjung di Kg Binaong Bingkor bersyukur menerima sumbangan bakul makanan keperluan harian dari Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik.
Ketua Penjaja Fatimah Linggi berkata sejak penularan wabak dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kalangan penjaja tidak dapat berjualan menyebabkan mereka hilang punca pendapatan harian.
“Bantuan daripada Datuk Robert (Tawik) ini amat dihargai, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban keluarga di samping dapat membantu kelangsungan hidup dalam mengharungi masa sukar ini,” katanya.
Bagi pihak rakan-rakan, Fatimah menzahirkan ucapan berbanyak terima kasih di atas bantuan dan keprihatinan yang diberikan Robert yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Bingkor.
Menurut Fatimah, seramai 13 penjaja sayur, buah-buahan, kuih, mee dan makanan ringan di tepi jalan Binaong Baginda menerima bantuan keperluan harian seperti beras, tepung gula dan lain-lain barang keperluan harian.
Golongan penjaja yang berjualan di tepi jalan, pasar mingguan, pasar malam dan pemandu kenderaan perkhidmatan awam adalah antara yang terjejas dengan penguatkuasan prosedur operasi standard (SOP) bagi memutusan rantaian penularan COVID-19 ini.
Sementara itu Ketua Kampung Kg Binaong KK Marukip Itah yang juga Penasihat Ahli Jawatankuasa (AJK) Penjaja di kampung tersebut berkata sebelum ini Robert telah menyumbang beberapa trip batu pasir bagi menimbus dan meratakan kawasan tapak jualan yang becak dan berlumpur pada musim hujan.