Utusan Borneo (Sabah)

Program ‘Kembali ke Sekolah’ meringanka­n beban ibu bapa Golongan kurang mampu layak mendapat manfaat, kata Fatimah

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Program ‘Kembali ke Sekolah’ anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat sedikit sebanyak membantu meringanka­n bebanan ibu bapa terkesan akibat pandemik COVID-19.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata golongan kurang berkemampu­an layak mendapat manfaat daripada program tersebut.

“Kitaperunt­ukanRM9,000 kepada penerima terdiri ibu bapa tunggal, ibu bapa mempunyai anak ramai dan anak yatim piatu iaitu seramai 60 orang untuk program ini,” katanya di Anjung Budaya Dewan Masyarakat Dalat di sini kelmarin.

Fatimah memberitah­u, program itu sepatutnya dilancarka­n pada awal tahun ini namun ditunda kerana pandemik COVID-19.

Menurutnya, satu lagi program turut dirancang untuk membantu mengurangk­an bebanan ibu bapa ketika anak-anak mula masuk sekolah adalah gunting rambut percuma.

“Namun, ia ditangguh kerana masih tidak dibenarkan oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Mukah selari dengan tutupnya pasar malam, Pekan Sabtu dan sebagainya,” jelasnya.

Beliau berkata, Skim Bantuan Yayasan Pendidikan Dalat sebenarnya banyak membantu pelajar kawasan itu sejak 2010 dan seramai 1,371 orang mendapat bantuan sehingga 10 Mac lalu.

Fatimah berkata, bantuan itu adalah berupa wang tunai mengikut tawaran kemasukan ke institusi pendidikan.

“Sejumlah RM1,000 untuk pelajar kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

“Kita peruntukan RM9,000 kepada penerima terdiri ibu bapa tunggal, ibu bapa mempunyai anak ramai dan anak yatim piatu iaitu seramai 60 orang untuk program ini. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

peringkat ijazah, RM500 untuk diploma, RM200 untuk ke Tingkatan Enam,” katanya.

 ??  ?? TERIMALAH: Fatimah (kanan) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penerima yang layak.
TERIMALAH: Fatimah (kanan) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penerima yang layak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia